• Harga Sesuatu Fitnah

    1. “Berani kerana benar, samanlah untuk bersihkan nama”, atau “dia tidak berani saman sebab takut aibkan diri sendiri.” 2. Begitulah antara komen popular dari warganet dalam media sosial apabila tular sesuatu skandal terhadap seseorang tokoh politik atau ‘nama besar’. 3. Hantaran-hantaran dengan niat pembunuhan karakter (character assasination) oleh lawan politik dari dalam dan luar parti akan jadi tular dan sensasi sekelip mata. 4. Si penuduh mendakwa menjadi mangsa, atau sebagai ‘whistleblower’ yang berkorban demi kepentingan awam. Mereka mendapat simpati, namun ada juga yang mencaci mereka. Akibatnya, ‘mangsa’ atau ‘whistleblower’ ini menjadi bahan tohmahan masyarakat umum. 5. Warganet pula memburukkan keadaan dengan mengepos pelbagai ‘meme’ dan menggunakan akaun palsu. Blog atau…

  • Media Sosial Untuk Kreativiti & Pembelajaran Anak-Anak

    1. Generasi hari ini, terutamanya murid-murid sekolah, adalah generasi visual yang mengutamakan pengaruh media sosial dalam kehidupan seharian. 2. Walaupun boleh membawa pelbagai kesan negatif jika ia tidak dikawal, media sosial umpamanya YouTube boleh juga dijadikan sebagai landasan kreativiti dan juga pembelajaran. 3. Saya puji pendekatan yang diambil oleh saudara Irwan Hamsah, atau Cikgu Iroet Marteni yang bertugas sebagai Guru ICT di SK Tampulan di pedalaman Kota Kinabalu. 4. Cikgu Iroet mengajak murid-muridnya membuat filem-filem dan tayangan filem pendek untuk membimbing mereka ke arah disiplin, kerjasama, kreativiti serta keyakinan diri. 5. Lebih membanggakan, filem pendek mereka yang berjudil ‘Solunsug’ telah berjaya membolot anugerah johan dalam semua kategori dalam Sabah Screen…

  • Kebangkitan Suara Muda

    1. Sekitar 70% daripada 4.13 juta pengundi berdaftar di Hong Kong telah keluar mengundi pada 24 November 2019 dan memberikan kemenangan besar kepada gerakan ‘pro-demokrasi’ yang ditunjangi orang muda dan pada dasarnya anti-kerajaan atau anti-Beijing. 2. Senario yang serupa turut berlaku di Scotland, di mana trend ke arah menuntut autonomi lebih kuat berbanding pro-federalisme. 3. Di negara kita sendiri, ada juga pihak yang berpendapat bahawa perkara sama berlaku di Sabah dan Sarawak pada PRU14 di mana soal autonomi menjadi penentu cara pengundi membuat pilihan, khususnya orang muda dan pengundi kali pertama. 4. Jelasnya, suara anak-anak muda kini menjadi bertambah kuat dan parti-parti politik perlulah mengambilkira fenomena global ini dalam perancangan…

  • Pengundi Muda Jadi Game Changer

    1. Parlimen Malaysia mencatat sejarah pada 16 Julai 2019 apabila kesemua ahli-ahli parlimen sebulat suara bersetuju, tiada yang membangkang dan tiada yang tidak mengundi dalam RUU meminda perenggan (a), Fasal 1, Perkara 199, Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun. 2. Pindaan ini turut melibatkan perenggan (b), Perkara 47, Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan kelayakan umur menjadi calon pilihan raya dari 21 kepada 18 tahun. 3. Pendaftaran secara automatik yang diluluskan serentak dengan kedua-dua pindaan tersebut bakal menyaksikan penambahan sejumlah 7.8 juta pengundi baharu di seluruh negara. 4. Untuk negeri Sabah pula, ia menjadi lebih unik lagi apabila 13 kerusi baharu DUN Sabah akhirnya dibentangkan dan…

  • Semangat Ola Bola

    1. “Walaupun saya hanya skru yang kecil, tapi saya juga nak jadi skru yang bermakna,” kata Ah Chai. “Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama,” kata Kwok Keong. Ini antara dialog filem Ola Bola yang sukar kita lupakan. Banyak ikhtibar boleh diperolehi dari filem ini. 2. Dalam bola sepak, setiap pemain mempunyai keegoan malah sering bersaing merebut posisi atau nombor jersi, namun sedar akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dalam apa-apa juga kerja sekalipun, setiap “pemain” memerlukan muafakat dan solidariti daripada semua pihak terlibat untuk mencapai objektif pasukan.  3. Persefahaman dan kompromi ini hanya akan diperolehi apabila wujud kepercayaan yang diterjemahkan ke dalam bentuk hormat dan toleransi. Seringkali yang menjadi punca pertelingkahan…

  • Revolusi Industri 4.0 & Masa Depan Anak-Anak

    1. Menurut “The Future of Jobs Report 2018” oleh World Economic Forum, anggaran 65% kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah hari ini akan bekerja dalam industri atau pekerjaan yang masih belum diwujudkan lagi hari ini. 2. Perkembangan pesat Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menjangkakan bahawa akan berlaku banyak perubahan dalam cara hidup, cara kerja dan cara kita berkomunikasi. 3. Sebenarnya, banyak perubahan yang dimaksudkan itu telah dan sedang berlaku dengan pelbagai perubahan dalam model-model perniagaan dan trend pekerjaan masa kini. 4. Laporan WEF tersebut turut memberi amaran bahawa “In such a rapidly evolving employment landscape, the ability to anticipate and prepare for future skills requirements, job content and the aggregate effect on…

  • The Message Of Tanjung Piai

    1. The Tanjung Piai by-election is a very interesting event for more than one reason. It is the ninth by-election since GE14 in May 2018, but the first that the ruling party faced against Muafakat Nasional.  2. The question many were asking since Muafakat Nasional was launched is “can it work since the parties involved had such wide and diverse interests?”  3. The answer yesterday was that it seems to be working. 4. This poses a challenge to the ruling party and it is a matter that should not be taken lightly. As much as one might say that Umno is race-based and PAS is religion-based, this does not seem…

  • Mural Di Jalan Tanjung Lipat

    1. Hari ini kita biasa melihat pelbagai lukisan mural atau grafiti pada dinding bangunan, terutamanya bangunan lama atau terbengkalai hasil ciptaan artis-artis muda yang ingin menyampaikan sesuatu mesej. 2. Mesej-mesej ini terpulanglah kepada orang yang membuatnya, ia boleh jadi sesuatu yang positif begitu juga sebaliknya. 3. Kreativiti artis-artis sebegini hari ini semakin rancak sehinggakan ada antara mereka yang dipanggil untuk memaparkan hasil seni mereka di bandaraya-bandaraya utama di seluruh negara. 4. Mural-mural yang mempamerkan tema-tema kemerdekaan, perpaduan, kesejahteraan dan sebagainya ini bukan saja mampu menarik perhatian dan menjadi tarikan pelancong, ia turut menyemai perasaan dan semangat positif dalam jiwa masyarakat. 5. Baru-baru ini, sekumpulan artis kelahiran Sabah telah bekerjasama dalam…

  • Menelusuri Masa Lalu Dari Konteks Semasa Untuk Masa Depan

    1. Sejarah bukan hak milik eksklusif sejarawan. Sesiapa sahaja berhak dan bebas menelusuri masa lalu untuk menerokai sebab dan akibat sesuatu peristiwa. 2. Satu contoh tipikal adalah filem dokumentari ‘Rusuhan Tersembunyi’ oleh Nadira Ilana yang menceritakan rusuhan yang berlaku di Sabah pada 1986.  Anda boleh tontonnya di YouTube. 3. Usaha ini bermaksud generasi muda hari ini sudah melepaskan diri mereka daripada ‘sekatan-sekatan’ lama dalam penelitian dan pemahaman sejarah. Walaupun perlahan, perubahan ini jelas sedang berlaku.   4. Perbezaaannya hanyalah titik permulaan penceritaan, dan dari sudut manakah seseorang itu ingin mengupasnya. Tidak dinafikan ramai yang  sekadar ‘cherry-picking’ fakta sejarah tanpa penaksiran yang tepat untuk menyokong hujah yang ingin disampaikan. 5. Umpama ‘musang…

  • Kebebasan & Tanggungjawab Dalam Perbezaan Pandangan

    1. Mungkin kita biasa mendengar kata-kata ini, “Different eyes see the same thing different. This is called an opinion. Respect it”. 2. Berbeza pandangan, atau pendapat, adalah perkara biasa dalam rutin harian manusia. Adakalanya kita bersetuju dengan pandangan orang lain, adakalanya pula kita tidak bersetuju. 3. Apabila berhadapan dengan pandangan yang berbeza daripada kita, seharusnya kita memilih bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree).  4. Namun hari ini kita lihat di media sosial, terutamanya di Facebook atau WhatsApp groups, perbezaan pandangan ini selalunya akan menjurus kepada perbalahan.  5. Komen-komen maklum balas dalam artikel atau berita yang disiarkan portal berita pula akan bertukar hala daripada perbincangan isu kepada serangan peribadi. Senario…