Anak Muda & “Gig Economy”

1. Hari ini ramai anak muda mengeluh tentang bebanan kos sara hidup dan juga pekerjaan , sama ada tiada kepuasan dalam pekerjaan dan tangga gaji, atau tiada peluang pekerjaan langsung.

2. Atas sebab ini, ramai anak muda melibatkan diri dalam “gig economy” atau pekerjaan yang bersifat fleksibel, sementara, atau freelance secara sepenuh masa atau separuh masa.

3. Saya puji sikap anak muda yang aktif mencari pendapatan demi kelangsungan hidup masing-masing. Di samping dapat membantu ekonomi diri, freelancing memberi peluang untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan kemahiran terkini.

4. Sebenarnya, freelancing memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Pada Ogos 2017, KWSP melaporkan pada bahawa ekonomi freelancing telah berkembang sebanyak 31% menjadikan Malaysia sebagai pasaran freelancing ketiga terbesar di rantau ini.

5. Saya berpandangan tren ini adalah satu landasan yang baik kepada anak-anak muda, memandangkan hampir separuh daripada freelancers terdiri daripada golongan millennials.  Faktor seperti networking, kreativiti dan kebebasan menarik minat anak muda ke arah freelancing.

6. Freelancing menawarkan fleksibiliti di mana kita boleh bekerja di mana-mana sahaja, sama ada di rumah atau di luar, dan waktu kerja ditentukan oleh kita sendiri. Dari segi pendapatan, freelancing membawa potensi pendapatan yang tiada hadnya. Kita juga bebas untuk belajar sesuatu yang baru tidak kira waktu atau tempat.  

7. Hari ini terdapat banyak platform untuk mengiklan kemahiran diri dan mencari pelanggan. Ramai anak muda kita menggunakan sepenuhnya pengaruh media sosial terutamanya Linkedin, selain menggunakan khidmat laman seperti Bantu.my, Fiver, Freelanc3r.com.my dan sebagainya.

8. Semua ini adalah satu perkembangan yang baik, yang mana dapat membantu anak-anak muda mencari sumber rezeki dan dapat melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi negara.

8. Namun pada pandangan saya, freelancers juga perlu memberi penekanan dalam kecelikan kewangan demi masa depan. Oleh kerana freelancers tidak mempunyai rancangan persaraan jangka panjang, mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan pengurusan kewangan yang mampan.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *