• Menguruskan Perbezaaan

    1. Komunikasi dalam rutin harian memang tidak dapat dielakkan, bak kata pelopor teori komunikasi manusia Paul Watzlawick, “one cannot not communicate”. Namun, cabaran paling besar dalam komunikasi interpersonal adalah menguruskan perbezaan idea, pemikiran dan perasaan. 2. Kredibiliti seseorang komunikator yang baik bergantung kepada hujah serta bukti sahih yang dia sampaikan. Seseorang penerima yang baik pula akan mendengar atau membaca sampai habis dahulu sebelum memberikan sebarang respons. 3. Justeru itu, janganlah terkejut bila banyak salah faham dan konflik yang timbul berpunca daripada komunikasi. Matlamat yang jelas dan perwatakan (characteristic) atau speksifiknya sikap sudah pastinya memainkan peranan penting. 4. Dalam masyarakat pluralistik ini sering kali ada pihak-pihak tertentu  yang memainkan isu-isu perkauman…

  • Keahlian Saya Dalam PKR

    1. Saya telah dimaklumkan secara peribadi oleh Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai keahlian saya dalam parti. 2. Saya faham dan terima mengapa pimpinan pusat PKR memutuskan untuk diberi sedikit masa supaya dapat berbincang mengenai keahlian saya. 3. Saya berharap untuk diberikan peluang untuk memberi sumbangan dengan sedaya upaya saya ke arah pemupukan politik progresif berbilang kaum yang mengutamakan kestabilan dan kesederhanaan, untuk negeri Sabah khususnya, dan Malaysia amnya. 4. Saya turut akan memberikan komitmen serta kerjasama dengan parti dalam menjayakan agenda reformasi dan politik perubahan demi kebaikan rakyat. 5. Saya menyerahkan kepada parti untuk berbincang dan mempertimbangkan permohonan saya. Terima kasih. My PKR Membership 1. I have been…

  • Pesta Cahaya

    1. Esok, rakyat Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut perayaan Deepavali. Saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan saya dan juga rakyat Malaysia yang beragama Hindu. 2. Sememangnya kita rakyat Malaysia amat bertuah kerana negara kita ada pelbagai kaum, budaya dan agama. Kita hidup dalam penuh harmoni, keakraban dan persefahaman selama ini, maka setiap kali adanya perayaan kaum, budaya atau agama, seluruh rakyat Malaysia akan turut meraikannya bersama. 3. Janganlah biarkan api perkauman yang membara hari ini memusnahkan persahabatan kita yang terjalin sekian lama. Kita harus terus melangkah ke arah keharmonian, kestabilan dan kemakmuran. 4. Deepavali Valthukkal!

  • Indonesia Is An Epitome Of Political Stability

    1. Congratulations to Indonesian President Joko Widodo who was sworn in today (Sunday) for a second five-year term as leader of the world’s third-biggest democracy after a first term marked by heavy infrastructure spending. 2. President Widodo has pledged to cut red tape and to keep building infrastructure to fuel growth in South East Asia’s largest economy. He also made improving education a top priority to encourage investment and to create jobs for a youthful population of 260 million people. 3. “This will be a big problem if we fail to create enough job opportunities,” Widodo told parliament after his inauguration, where he highlighted his dream of Indonesia becoming one…

  • Kerajaan, Pemancing Ikan & Fish Finder

    1. Pepatah Inggeris menyebut “Give a man a fish and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime.” Dalam Bahasa Malaysia ada juga variasi pepatah ini yang berbunyi “memberi pancing lebih baik daripada memberi ikannya” yang kalau tak silap saya berasal dari pepatah Cina kuno. 2. Maksud pepatah ini jelas:  Lebih baik kita mengajar seseorang untuk melakukan sesuatu daripada kita sendiri melakukannya untuk orang itu. Pepatah ini adalah tentang memberikan pertolongan kepada orang lain untuk berdikari, agar mereka dapat berusaha sehingga berjaya. 3. Dalam konteks dunia kita yang serba moden ini, saya ingin menambah sedikit: Memberi pancing lebih baik daripada…

  • The Government Needs To Regulate The Chaotic Gig Economy

    1. In the UK, the backbone of the food industry is takeaway and deliveries. This takeaway business depends almost entirely on the gig economy because fixed salaried workers cost too much due to the very high minimum wage. 2. This means that the job goes to the delivery boys, who are self-employed or freelancers. They earn a commission per delivery, rather than a fixed wage. 3. In Malaysia, the gig economy is beginning to become popular over the past few years with the rise of digital platforms that create marketplaces to connect service providers with customers. 4. This also provides an abundance of income opportunities for freelancers. However, there is…

  • Keangkuhan Majikan & Nasib Pekerja

    1. Saya terkilan dengan keputusan Foodpanda untuk meneruskan skim pembayaran baharu yang mereka perkenalkan walaupun sekumpulan penghantar-penghantar makanan mereka telah melancarkan kempen mogok di beberapa buah negeri awal bulan ini. 2. Saya boleh menerima alasan yang mereka berikan, iaitu mereka yakin bahawa skim pembayaran baharu tersebut boleh memberikan peluang pendapatan yang lebih tinggi kepada riders, dan seterusnya memberi motivasi kepada riders lain supaya lebih berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi. 3. Namun, saya berpandangan syarikat Foodpanda tidak sepatutnya memberikan kata dua kepada riders dengan menyarankan mereka berhenti bekerja sekiranya masih tidak bersetuju dengan skim tersebut. Sebelum ini, ada aduan dari riders yang mendakwa mereka diugut dibuang kerja atau dimansuhkan…

  • Permohonan Saya Menyertai Parti Keadilan Rakyat

    1. Saya ambil maklum tentang tersebarnya berita bahawa saya telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan di beberapa akhbar dalam talian. 2. Saya telah memohon untuk menjadi ahli PKR secara dalam talian untuk pertimbangan kepimpinan parti.  Saya serahkan kepada kepimpinan parti untuk mempertimbangan permohonan saya. 3. Saya memilih PKR  kerana parti ini mengamalkan politik berbilang kaum yang sesuai dengan pegangan dan pendirian politik saya dan juga suasana politik di Sabah. Seperti yang pernah saya jelaskan, saya dan sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah mengambil keputusan meninggalkan UMNO pada Disember 2018 demi memberi tumpuan kepada masa hadapan negeri Sabah. 3. Saya ingin membantu PKR dalam membawakan politik progresif berbilang kaum yang…

  • Kerajaan Perlu Beri Galakan Kepada Rakyat Yang Bekerja Sendiri

    1. Di United Kingdom, jumlah mereka yang bekerja sendiri telah meningkat sejak 20 tahun kebelakangan ini dan mereka kini merangkumi 15% daripada jumlah tenaga kerja di Britain. Dalam tempoh yang sama, jumlah anak muda berumur 16 hingga 24 tahun yang bekerja sendiri telah turut naik dua kali ganda. 2. Merentasi Kesatuan Eropah, mereka yang bekerja sendiri juga adalah kira-kira 15% daripada jumlah tenaga kerja, dengan Itali merangkumi 25%. Tren ini turut berlaku di banyak negara lain, sebagai contoh New Zealand (20%), Korea (25%), Turki (35%), Brazil (35%) dan Greece (35%). 3. Terdapat banyak sebab kenapa ramai memilih untuk bekerja sendiri dan ketiadaan peluang pekerjaan bukanlah selalunya menjadi sebab utama. Sebagai…

  • Mogok Foodpanda & Kebajikan Pekerja “Gig Economy”

    1. Pada 29 September lalu, lebih daripada 100 penghantar makanan (riders) Foodpanda di Sabah bertindak melancarkan mogok kerana tidak berpuas hati dengan skim pembayaran baru yang diperkenalkan majikan mereka. Mogok ini kemudiannya turut melibatkan riders Foodpanda di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. 2. Menurut riders yang terlibat, skim pembayaran baru yang diumumkan pada 28 September dan mula dilaksanakan pada 30 September itu adalah tidak adil kepada mereka walaupun menurut Foodpanda skim baru ini akan menambahkan pendapatan riders. 3. Antara rungutan yang disuarakan oleh riders adalah bahawa Foodpanda didakwa tidak berbincang dengan mereka sebelum melaksanakan sistem baru; wakil Foodpanda tidak mengendahkan kebajikan dan aduan mereka; dan pendapatan mereka akan berkurangan antara…