Kerajaan Perlu Beri Galakan Kepada Rakyat Yang Bekerja Sendiri

1. Di United Kingdom, jumlah mereka yang bekerja sendiri telah meningkat sejak 20 tahun kebelakangan ini dan mereka kini merangkumi 15% daripada jumlah tenaga kerja di Britain. Dalam tempoh yang sama, jumlah anak muda berumur 16 hingga 24 tahun yang bekerja sendiri telah turut naik dua kali ganda.

2. Merentasi Kesatuan Eropah, mereka yang bekerja sendiri juga adalah kira-kira 15% daripada jumlah tenaga kerja, dengan Itali merangkumi 25%. Tren ini turut berlaku di banyak negara lain, sebagai contoh New Zealand (20%), Korea (25%), Turki (35%), Brazil (35%) dan Greece (35%).

3. Terdapat banyak sebab kenapa ramai memilih untuk bekerja sendiri dan ketiadaan peluang pekerjaan bukanlah selalunya menjadi sebab utama. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat seramai 500,000 rakyat yang tidak bekerja berbanding dengan kewujudan seramai tujuh juta pekerja asing. Alasan tiada peluang pekerjaan tidak boleh digunakan sama sekali memandangkan terdapat lebih ramai pekerja asing daripada rakyat yang tidak bekerja.

4. Salah satu sebab kenapa ramai memilih untuk bekerja sendiri adalah disebabkan gaji yang rendah. Mereka boleh memperolehi gaji yang lebih banyak daripada bekerja tetap. Saya sendiri kenal beberapa orang yang menamatkan pengajian dari universiti luar negara namun memilih untuk bekerja sendiri. Mereka boleh mendapatkan gaji selama tiga bulan yang hampir sama jumlahnya dengan setahun gaji sekiranya mereka bekerja tetap.

5. Satu lagi sebab utama adalah fleksibiliti. Mereka tidak perlu bertungkus lumus ke pejabat setiap hari, mengharungi kesesakan lalulintas dan hanya dapat pulang ke rumah pada waktu malam. Waktu kerja mereka adalah fleksibel, maka mereka mempunyai lebih masa untuk membesarkan anak-anak, dan tidak perlu melepaskan tanggungjawab tersebut kepada orang lain, sebagai contoh guru atau penjaga.

6. Menurut Bank Dunia, sekitar 26% daripada tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri. Ini bukanlah peratusan yang kecil, dan peratusan ini hampir sama dengan Korea. Namun, kita tidak mendengar mana-mana pihak membincangkan perkara ini. Mereka sering berbincang tentang penciptaan peluang pekerjaan namun tidak membincangkan penciptaan peluang pekerjaan untuk mereka yang bekerja sendiri. Kita perlu mengubah mentaliti dan keutamaan kita, dan memahami bahawa mereka yang bekerja sendiri itu sama pentingnya dengan penciptaan peluang pekerjaan.

2 Comments

  • IT Scheiss

    Tuan Syed,

    Saya berkerja sendiri sebagai penulis sejak tahun 2011 dan pendapatan saya kurang 50% sampai 66% daripada bila saya kerja tetap.

    Memang ada orang yang bekerja sendiri yang pendapatan sama atau lebih daripada yang kerja tetap, dan ramai orang ini pekerja professional sebagai doktor, peguam, juru-akaun, jurutera perunding, arkitek, perunding bisiness, pereka web, artis, permain muzik, mekanik automotif, kontraktor dan lain, lain profesion atau vokasion.

    Tetapi juga ada ramai orang yang tiada pilihan dan mesti berkerja dalam kerja ekonomi gig, sebagai graduan kursus juruteran di-universiti yang mesti ambil kerja sendiri sebagai penghantar makanan dengan Food Panda atau Grab Food.

    Kerja sendiri sebagai ini boleh di bual oleh orang yang gagal SPM atar SRP dan membazir masa dan perbelanjaran untuk belajar kursus jurutera, dan tidak berfaedah kepada ekonomi, masyarakat atau negara.

    Masa ini, apabila sistem kapitalis berada di-dalam keadaan krisis kronik, lebih orang tiada pilihan lain kecuali kerja sendiri.

    Ramai spin-doktor dan propagandis untuk sistem kapitalis neo-liberal kata ini “future of work”, tetapi ini bukan keadaan yang baik.

    Malaysia tidak perlu ikut tren ini kerana tren ini kembang di negara kapitalis lain, kerana ini tanda krisis sistem kapitalis.

    Bukan semua orang yang berkerja sendiri boleh menjadi jutawan sebagai kumpulan muzik sebagai Deep Purple, Beatles, Black Sabbath, Led Zeppelin, Pink Floyd dan sebagai nya yang main gig.

  • Affan

    Agensi kerajaan harus angkat MSMEs dengan hand holding, dgn lantik usahawan sendiri berikan coaching. Teori dan praktikal. Bukan seminar anjuran pegawai kerajaan yang tidak pernah menjual barang atau servis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *