Permohonan Saya Menyertai Parti Keadilan Rakyat

1. Saya ambil maklum tentang tersebarnya berita bahawa saya telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan di beberapa akhbar dalam talian.

2. Saya telah memohon untuk menjadi ahli PKR secara dalam talian untuk pertimbangan kepimpinan parti.  Saya serahkan kepada kepimpinan parti untuk mempertimbangan permohonan saya.

3. Saya memilih PKR  kerana parti ini mengamalkan politik berbilang kaum yang sesuai dengan pegangan dan pendirian politik saya dan juga suasana politik di Sabah. Seperti yang pernah saya jelaskan, saya dan sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah mengambil keputusan meninggalkan UMNO pada Disember 2018 demi memberi tumpuan kepada masa hadapan negeri Sabah.

3. Saya ingin membantu PKR dalam membawakan politik progresif berbilang kaum yang mengutamakan kestabilan dan kesederhanaan, terutamanya di negeri Sabah. Dalam kancah politik berteraskan kaum dan ekstrimis yang   boleh menggugat perpaduan serta kestabilan negara ketika ini, saya percaya PKR berada di landasan yang betul untuk menyelamatkan negara dari bencana ekstrimisme.

4. Sejak menyertai dunia politik hinggalah ke hari ini, saya kekal sebagai seorang moderate, progresif dan amat mendukung kestabilan. Saya percaya langkah yang saya ambil ini adalah langkah yang betul buat diri saya, dan saya percaya saya boleh menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran Sabah khususnya, dan Malaysia amnya, menerusi penglibatan saya dalam PKR.

8 Comments

  • Anwar Hasan

    Teruskan perjuangan Datuk Seri, semoga terus diberikan kesihatan yg baik dan dapat berkhidmat kepada rakyat Sabah amnya dan rakyat Kota Belud khususnya. Selamat maju jaya Datuk Seri.

  • Rosli Bin Andalan

    Alhamdulillah, penyertaan Datuk Sri adalah amat ditunggu tunggu oleh rakyat. Saya sebagai AJK Cabang PKR P169 KB Sentiasa Menyokong Datuk.

  • Siti Khadijah Abdullah

    Assalamualaikum, Encik Salleh Said Kuruak….I am very much grateful and thankful for the great news that you are going to join PKR that needs urgent help to undo all the wrongs when the promises made by the so-called patriots during the last general election that never seem to hold any water……What a shame to be awakened by a bad dream when I notice the tides begins to shift towards the fanatic ideology of religious bigots that spell trouble for all the Malaysians who voted for them.

    I pray and continue to pray so that you are strong enough to withstand the tides of challenges ahead of you : that is to spear ahead towards the journey of calmness and peace for all Malaysians to salvage…amidst the devils in disguise who shamelessly betray the trust of all Malaysians who voted for them..

    ..May Our Almighty Lord be constantly by your side, to guide you, to steer you away from harm’s way, or any untoward temptation and countless trials so that you are always cushioned within HIS DIVINE CARE…….amiin………….

    Sincerely,

    Siti Khadijah binte Abdullah

  • Mohd Asrafie Bin Amdin

    Tahniah Datuk, masih ramai anak2 Sabah memerlukan kepimpinan Datuk untuk membimbing generasi muda Sabah khasnya… Semoga dipermudahkan perjalanannya.. Amennn

  • Abdul malek ahmad

    Penjelasan mengenai isu penyertaan DSSK untuk bersama PKR merupakan misi dan bertujuan untuk membantu demi kepentingan rakyat negeri Sabah khas nya seharusnya diterima dengan baik.positif dan jangan melihat perkara yg negatif.semangat dalam perjuangan untuk teruskan langkah demi pembangunan serta kemajuan rakyat dinegeri sabah.pemimpin sabahan bersatu demi agama, bangsa dan negara,dengan kepakaran serta pengalaman yg luas dalam politik serta pencetus idea dari DSSK saya percaya sasaran untuk kebaikan seluruh rakyat negeri sabah khasnya pasti akan tercapai.syabas untuk Datuk seri panglima Salleh Said Keruak (DSSK)
    #TERUSKANMELANGKAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *