Pesta Cahaya

1. Esok, rakyat Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut perayaan Deepavali. Saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan saya dan juga rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

2. Sememangnya kita rakyat Malaysia amat bertuah kerana negara kita ada pelbagai kaum, budaya dan agama. Kita hidup dalam penuh harmoni, keakraban dan persefahaman selama ini, maka setiap kali adanya perayaan kaum, budaya atau agama, seluruh rakyat Malaysia akan turut meraikannya bersama.

3. Janganlah biarkan api perkauman yang membara hari ini memusnahkan persahabatan kita yang terjalin sekian lama. Kita harus terus melangkah ke arah keharmonian, kestabilan dan kemakmuran.

4. Deepavali Valthukkal!

One Comment

  • Sheila hafizah sedin

    Terus melangkah. Pastikan langkah jangan terlalu kedepan dan tentunya jangan juga ke belakang. Melangkahlah seiringan supaya sentiasa bersama menghadapi susah dan senang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *