Menguruskan Perbezaaan

1. Komunikasi dalam rutin harian memang tidak dapat dielakkan, bak kata pelopor teori komunikasi manusia Paul Watzlawick, “one cannot not communicate”. Namun, cabaran paling besar dalam komunikasi interpersonal adalah menguruskan perbezaan idea, pemikiran dan perasaan.

2. Kredibiliti seseorang komunikator yang baik bergantung kepada hujah serta bukti sahih yang dia sampaikan. Seseorang penerima yang baik pula akan mendengar atau membaca sampai habis dahulu sebelum memberikan sebarang respons.

3. Justeru itu, janganlah terkejut bila banyak salah faham dan konflik yang timbul berpunca daripada komunikasi. Matlamat yang jelas dan perwatakan (characteristic) atau speksifiknya sikap sudah pastinya memainkan peranan penting.

4. Dalam masyarakat pluralistik ini sering kali ada pihak-pihak tertentu  yang memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk meraih populariti. Memang benar rakyat Malaysia ini bersifat heterogeneous tetapi bukan dipisahkan oleh agama dan bangsa, sebaliknya oleh kematangan pemikiran seseorang individu berkenaan.

5. Cadangan pemakaian batik oleh YB Nurul Izzah di Parlimen semalam menerima sokongan merentasi jurang politik. Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut memetik seruan Presiden Indonesia Pak Jokowi agar barisan kabinetnya memakai batik Indonesia.

6. Nurul Izzah tidak menunjukkan sebarang perasaan prejudis mahupun diskriminasi memandangkan idea pemakaian batik Malaysia oleh pejawat awam pada setiap hari Khamis mula diperkenalkan oleh Pak Lah pada 2009.

7. Lagi pun, apa salahnya sesuatu yang baik diteruskan malah dimajukan lagi. Semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan semalam melihat ia sebagai suatu cadangan yang bersifat futuristik, dan mampu membantu memperkembangkan industri batik di Malaysia.

8. Malangnya, dalam kalangan warganet sering kali kita nampak mereka melontarkan komen-komen dengan hanya membaca tajuk berita. Apakah hal ini disebabkan tahap literasi media dalam kalangan kita masih rendah?

9. Bukankah membaca pandangan yang berbeza itu sendiri mampu memperluaskan pengetahuan dan sudut perspektif kita? Apabila kita menjauhi mentaliti menang-kalah, ia boleh membantu memudahkan pemahaman kita terhadap sesuatu isu dan seterusnya membantu kita memberikan respons yang matang.

One Comment

  • Muhammad Wang

    Sesetengah media pun harus dipersalahkan Datuk. Tajuk berita kadangkala takde kena mengena langsung dengan berita. Semuanya clickbait belaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *