Kebebasan & Tanggungjawab Dalam Perbezaan Pandangan

1. Mungkin kita biasa mendengar kata-kata ini, “Different eyes see the same thing different. This is called an opinion. Respect it”.

2. Berbeza pandangan, atau pendapat, adalah perkara biasa dalam rutin harian manusia. Adakalanya kita bersetuju dengan pandangan orang lain, adakalanya pula kita tidak bersetuju.

3. Apabila berhadapan dengan pandangan yang berbeza daripada kita, seharusnya kita memilih bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree). 

4. Namun hari ini kita lihat di media sosial, terutamanya di Facebook atau WhatsApp groups, perbezaan pandangan ini selalunya akan menjurus kepada perbalahan. 

5. Komen-komen maklum balas dalam artikel atau berita yang disiarkan portal berita pula akan bertukar hala daripada perbincangan isu kepada serangan peribadi. Senario ini sangat mendukacitakan.

6. Wacana awam atau public discourse sepatutnya menyumbang kepada pertambahan pemahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap topik yang dibincangkan serta membuka ruang kepada penggubal polisi untuk melaksanakan penambahbaikan, bukannya menjadi medan perbalahan dan serangan peribadi antara warganet.

7. Kita sedang hidup dalam zaman di mana setiap orang boleh mengutarakan pandangan masing-masing dengan pantas dan spontan, namun kita juga harus sentiasa beringat bahawa sebarang komen yang kita sampaikan sebenarnya turut mendedahkan nilai dan identiti diri kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *