Menelusuri Masa Lalu Dari Konteks Semasa Untuk Masa Depan

1. Sejarah bukan hak milik eksklusif sejarawan. Sesiapa sahaja berhak dan bebas menelusuri masa lalu untuk menerokai sebab dan akibat sesuatu peristiwa.

2. Satu contoh tipikal adalah filem dokumentari ‘Rusuhan Tersembunyi’ oleh Nadira Ilana yang menceritakan rusuhan yang berlaku di Sabah pada 1986.  Anda boleh tontonnya di YouTube.

3. Usaha ini bermaksud generasi muda hari ini sudah melepaskan diri mereka daripada ‘sekatan-sekatan’ lama dalam penelitian dan pemahaman sejarah. Walaupun perlahan, perubahan ini jelas sedang berlaku.  

4. Perbezaaannya hanyalah titik permulaan penceritaan, dan dari sudut manakah seseorang itu ingin mengupasnya. Tidak dinafikan ramai yang  sekadar ‘cherry-picking’ fakta sejarah tanpa penaksiran yang tepat untuk menyokong hujah yang ingin disampaikan.

5. Umpama ‘musang berbulu ayam’, mereka ini sering kali memanipulasi peristiwa dari dalam dan luar negara yang dipetik dari media baharu, dan memberikan interpretasi yang bermaksud untuk meraih simpati dan menanam kemarahan atau kebencian terhadap ketidakadilan dan penganiayaan yang disaluti dengan propaganda mereka.

6. Jangan kata Sejarah Pembentukan Malaysia sahaja tetapi Sejarah Sabah itu sendiri sebenarnya pun cukup kaya dengan cerita-cerita yang belum sempat dibongkar lagi untuk penghayatan kita semua.

7. Perlu kita ingat bahawa tiada polemik sejarah Malaysia sebenarnya kerana fakta sejarah itu tidak mungkin berubah.Yang ada hanya pemahaman yang berlainan oleh individu-individu yang berlainan.

8. Makanya generasi baharu yang juga dikenali ‘digital native’ perlu membuat kesiapsiagaan dengan melapangkan dada, menambah ilmu dan lebih bijaksana memilih agar tidak mudah dipengaruhi oleh ‘hatred speech’ yang bermotifkan kebencian dan menggalakkan perpecahan.

One Comment

  • Ahmad Nizam Ibrahim

    Anak muda sekarang tidak ramai yang berminat dengan sejarah dan mencari pengajaran daripada sejarah, sejarah hanyalah untuk lulus peperiksaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *