Revolusi Industri 4.0 & Masa Depan Anak-Anak

1. Menurut “The Future of Jobs Report 2018” oleh World Economic Forum, anggaran 65% kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah hari ini akan bekerja dalam industri atau pekerjaan yang masih belum diwujudkan lagi hari ini.

2. Perkembangan pesat Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menjangkakan bahawa akan berlaku banyak perubahan dalam cara hidup, cara kerja dan cara kita berkomunikasi.

3. Sebenarnya, banyak perubahan yang dimaksudkan itu telah dan sedang berlaku dengan pelbagai perubahan dalam model-model perniagaan dan trend pekerjaan masa kini.

4. Laporan WEF tersebut turut memberi amaran bahawa “In such a rapidly evolving employment landscape, the ability to anticipate and prepare for future skills requirements, job content and the aggregate effect on employment is increasingly critical for businesses, governments and individuals in order to fully seize the opportunities presented by these trends—and to mitigate undesirable outcomes.”

5. Atas dasar ini, saya memuji langkah yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia untuk membekalkan sekolah-sekolah dengan senarai pekerjaan yang berisiko untuk menjadi tidak relevan atau obsolete pada masa hadapan.

6. Langkah ini sangat penting agar murid-murid sekolah rendah hari ini boleh mendapat sedikit garis panduan tentang kursus-kursus pilihan mereka di peringkat pengajian tinggi nanti.

7. Perkembangan pesat IR 4.0 membawa kemungkinan bahawa 30% pekerjaan yang wujud hari ini akan menjadi tidak relevan lagi pada masa hadapan. Oleh itu, kesiapsiagaan anak-anak dalam menghadapi masa depan yang lebih kompleks dan mencabar adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

One Comment

  • Muhammad Wang

    Sedikit menakutkan mikir anak-anak tapi bila difikirkan lagi, masa saya kecil pun tak sangka akan ada kerja yg saya buat sekarang haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *