Pengundi Muda Jadi Game Changer

1. Parlimen Malaysia mencatat sejarah pada 16 Julai 2019 apabila kesemua ahli-ahli parlimen sebulat suara bersetuju, tiada yang membangkang dan tiada yang tidak mengundi dalam RUU meminda perenggan (a), Fasal 1, Perkara 199, Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun.

2. Pindaan ini turut melibatkan perenggan (b), Perkara 47, Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan kelayakan umur menjadi calon pilihan raya dari 21 kepada 18 tahun.

3. Pendaftaran secara automatik yang diluluskan serentak dengan kedua-dua pindaan tersebut bakal menyaksikan penambahan sejumlah 7.8 juta pengundi baharu di seluruh negara.

4. Untuk negeri Sabah pula, ia menjadi lebih unik lagi apabila 13 kerusi baharu DUN Sabah akhirnya dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 Julai 2019.

5. Kita harus akui bahawa mereka adalah ‘game changer’. Kita harus menghormati hak mereka untuk melibatkan diri dalam proses demokrasi negara. Tidak dapat tidak, setiap peringkat usia perlu menyesuaikan diri dengan menerima kehadiran mereka sebagai elektorat yang sah di Malaysia.

6. Senario politik negara pastinya menjadi lebih segar dan baharu dengan kehadiran pengundi-pengundi dan calon-calon #Undi18 ini. Suara-suara muda pastinya lebih rancak apabila mereka menjadi sebahagian daripada proses yang menentukan dasar-dasar yang melibatkan sosioekonomi mereka sendiri.

7. Perkembangan ini memberi petunjuk baharu kepada mana-mana parti politik atau calon-calon yang ingin bertanding pada PRU15 nanti. Carilah formula-formula segar dan baharu untuk memenangi hati 7.8 juta pengundi-pengundi muda ini.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *