• Selamat Datang 2020

    1. Tahun Baru 2020 tiba untuk mengajak kita rakyat Malaysia meraikan segala pencapaian dan kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2019. 2. Pada masa sama, ia turut mengajak kita untuk melihat semula segala cabaran yang telah kita lalui dan merancang pembaharuan atau pembetulan yang sepatutnya agar 2020 menjadi lebih baik daripada sebelumnya. 3. Negara kita telah melalui satu perubahan yang besar semenjak Mei 2018. Sepanjang 2019 pula, kita mengecapi pelbagai kejayaan dan menghadapi pelbagai cabaran di sebalik latar belakang perubahan pasca-PRU 14. 4. Cabaran paling utama, pada pandangan saya, adalah ugutan terhadap keamanan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, budaya dan identiti. 5. Saya berasa…

  • Selamat Hari Krismas 2019

    1. Di Bumi Malaysia bertuah yang didiami pelbagai bangsa, budaya dan agama ini, sudah pastilah perayaan-perayaan besar disambut bersama sebagai wadah penyatuan rakyat. 2. Sambutan Hari Krismas adalah salah satu daripada perayaan-perayaan utama yang diraikan bukan sahaja oleh penganut Kristian, malah dikongsi bersama  segenap lapisan rakyat Malaysia. Inilah salah satu keindahan Malaysia dan keistimewaan rakyatnya. 3. Keindahan ini lebih terserlah di negeri Sabah yang memang terkenal sebagai sebuah negeri yang memiliki semangat perpaduan antara kaum yang tinggi. Ikatan kerjasama dan persefahaman ini boleh kita lihat dari interaksi harian masyarakatnya yang sangat muhibah. 4. Krismas disambut meriah di Sabah sehinggakan kerajaan Negeri mengumumkan dua hari cuti untuk tahun ini. Cuti tambahan…

  • Pengajaran Dari Pilihan Raya Umum United Kingdom

    1. Pilihan raya umum di United Kingdom baru-baru ini adalah sangat bersejarah atas beberapa sebab. 2. Pertama sekali, Parti Konservatif yang diterajui Boris Johnson telah menang bergaya dan kemenangan ini adalah yang terbaik untuk mereka dalam tempoh 30 tahun. 3. Keduanya, pilihan raya kali ini sebenarnya adalah referendum kedua untuk Brexit, walaupun bukanlah secara rasmi. 4. Dengan keputusan ini, United Kingdom akan akhirnya meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Januari 2020.  Pasaran saham di sana memberikan reaksi positif selepas mengalami ketidaktentuan selama bertahun-tahun. 5. Secara ringkasnya, pengundi-pengundi British hanya mahukan resolusi segera kepada satu persoalan yang tidak terjawab selama bertahun-tahun. 6. Penganalisa menjangkakan keputusan akan menjadi 50/50 atau berlakunya Parlimen tergantung…

  • Tanggungjawab Dalam Mencerna Berita

    1. Rakyat United Kingdom keluar mengundi semalam untuk menentukan hala tuju mereka untuk lima tahun yang akan datang. 2. Keputusan pilihanraya kali ini akan mempengaruhi sama ada United Kingdom akan keluar dari Kesatuan Eropah atau sebaliknya. Pada masa sama, ia turut mempengaruhi nasib Scotland, yang menolak Brexit dan menuntut autonomi. 3. Media antarabangsa melaporkan kempen pilihanraya UK kali ini dicemari pelbagai insiden penyebaran berita palsu dan setengah kebenaran (half truths) yang datang daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin dan media sendiri. 4. Kempen berita palsu dan “disinformation” tidak berpunca daripada satu tajuk berita semata-mata, tetapi dalam gelombang besar yang akan mengelirukan pengundi sehingga mereka tidak dapat mengenalpasti yang mana satu adalah…

  • Harga Sesuatu Fitnah

    1. “Berani kerana benar, samanlah untuk bersihkan nama”, atau “dia tidak berani saman sebab takut aibkan diri sendiri.” 2. Begitulah antara komen popular dari warganet dalam media sosial apabila tular sesuatu skandal terhadap seseorang tokoh politik atau ‘nama besar’. 3. Hantaran-hantaran dengan niat pembunuhan karakter (character assasination) oleh lawan politik dari dalam dan luar parti akan jadi tular dan sensasi sekelip mata. 4. Si penuduh mendakwa menjadi mangsa, atau sebagai ‘whistleblower’ yang berkorban demi kepentingan awam. Mereka mendapat simpati, namun ada juga yang mencaci mereka. Akibatnya, ‘mangsa’ atau ‘whistleblower’ ini menjadi bahan tohmahan masyarakat umum. 5. Warganet pula memburukkan keadaan dengan mengepos pelbagai ‘meme’ dan menggunakan akaun palsu. Blog atau…

  • Media Sosial Untuk Kreativiti & Pembelajaran Anak-Anak

    1. Generasi hari ini, terutamanya murid-murid sekolah, adalah generasi visual yang mengutamakan pengaruh media sosial dalam kehidupan seharian. 2. Walaupun boleh membawa pelbagai kesan negatif jika ia tidak dikawal, media sosial umpamanya YouTube boleh juga dijadikan sebagai landasan kreativiti dan juga pembelajaran. 3. Saya puji pendekatan yang diambil oleh saudara Irwan Hamsah, atau Cikgu Iroet Marteni yang bertugas sebagai Guru ICT di SK Tampulan di pedalaman Kota Kinabalu. 4. Cikgu Iroet mengajak murid-muridnya membuat filem-filem dan tayangan filem pendek untuk membimbing mereka ke arah disiplin, kerjasama, kreativiti serta keyakinan diri. 5. Lebih membanggakan, filem pendek mereka yang berjudil ‘Solunsug’ telah berjaya membolot anugerah johan dalam semua kategori dalam Sabah Screen…