Media Sosial Untuk Kreativiti & Pembelajaran Anak-Anak

SOLUNSUG

1. Generasi hari ini, terutamanya murid-murid sekolah, adalah generasi visual yang mengutamakan pengaruh media sosial dalam kehidupan seharian.

2. Walaupun boleh membawa pelbagai kesan negatif jika ia tidak dikawal, media sosial umpamanya YouTube boleh juga dijadikan sebagai landasan kreativiti dan juga pembelajaran.

3. Saya puji pendekatan yang diambil oleh saudara Irwan Hamsah, atau Cikgu Iroet Marteni yang bertugas sebagai Guru ICT di SK Tampulan di pedalaman Kota Kinabalu.

4. Cikgu Iroet mengajak murid-muridnya membuat filem-filem dan tayangan filem pendek untuk membimbing mereka ke arah disiplin, kerjasama, kreativiti serta keyakinan diri.

5. Lebih membanggakan, filem pendek mereka yang berjudil ‘Solunsug’ telah berjaya membolot anugerah johan dalam semua kategori dalam Sabah Screen Fest 2019 yang diadakan bulan lepas.

6.Filem yang mengisahkan seorang kanak-kanak yang menyelesaikan masalah air ketika musim kemarau ini turut mendapat perhatian antarabangsa apabila ditayangkan di Slovenia, Brazil dan Afrika Selatan.

7. Pendekatan yang diambil oleh Cikgu Iroet Marteni ini adalah satu contoh yang baik tentang bagaimana media sosial boleh dijadikan platform pembelajaran dan bimbingan untuk generasi muda. Pendedahan tentang kejayaan guru dan murid-murid SK Tambulan ini juga sekaligus berjaya melonjakkan nama SK Tambulan itu sendiri.

8. Saya ucapkan tahniah kepada Cikgu Iroet dan murid-murid di SK Tambulan. Keep it up! Anda boleh tonton filem pendek ‘Solunsug’ tersebut di YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *