Harga Sesuatu Fitnah

1. “Berani kerana benar, samanlah untuk bersihkan nama”, atau “dia tidak berani saman sebab takut aibkan diri sendiri.”

2. Begitulah antara komen popular dari warganet dalam media sosial apabila tular sesuatu skandal terhadap seseorang tokoh politik atau ‘nama besar’.

3. Hantaran-hantaran dengan niat pembunuhan karakter (character assasination) oleh lawan politik dari dalam dan luar parti akan jadi tular dan sensasi sekelip mata.

4. Si penuduh mendakwa menjadi mangsa, atau sebagai ‘whistleblower’ yang berkorban demi kepentingan awam. Mereka mendapat simpati, namun ada juga yang mencaci mereka. Akibatnya, ‘mangsa’ atau ‘whistleblower’ ini menjadi bahan tohmahan masyarakat umum.

5. Warganet pula memburukkan keadaan dengan mengepos pelbagai ‘meme’ dan menggunakan akaun palsu. Blog atau portal yang didaftarkan di luar negara akan turut terlibat sama.

6. Persoalannya, mengapa mereka yang difitnah tidak saman sahaja sekiranya apa yang disebarkan itu tidak benar?

7. Sebenarnya, bukannya murah atau percuma untuk mengupah peguam menyaman seseorang, dan proses ini akan mengambil masa yang lama.

8. Sebagai contoh, Tan Sri Vincent Tan pernah berkata pada 2008 bahawa menyaman fitnah adalah sia-sia kerana tidak akan mendapat sesen pun, malahan akan rugi besar menanggung kos guaman yang tinggi.

9. Maka ramai yang memilih untuk mengabaikannya kerana semakin dilayan, semakin menjadi pula. Mungkin juga ianya ada kaitan dengan budaya kita yang bersifat pemaaf.

10. Namun begitu, adakah ini bermakna warganet bebas menyebarkan fitnah sesuka hati?

11. Tidak sama sekali. Hati-hatilah apabila buku bertemu ruasnya, kerana mungkin akan tiba surat saman yang memaksa anda mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar peguambela.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *