Tanggungjawab Dalam Mencerna Berita

1. Rakyat United Kingdom keluar mengundi semalam untuk menentukan hala tuju mereka untuk lima tahun yang akan datang.

2. Keputusan pilihanraya kali ini akan mempengaruhi sama ada United Kingdom akan keluar dari Kesatuan Eropah atau sebaliknya. Pada masa sama, ia turut mempengaruhi nasib Scotland, yang menolak Brexit dan menuntut autonomi.

3. Media antarabangsa melaporkan kempen pilihanraya UK kali ini dicemari pelbagai insiden penyebaran berita palsu dan setengah kebenaran (half truths) yang datang daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin dan media sendiri.

4. Kempen berita palsu dan “disinformation” tidak berpunca daripada satu tajuk berita semata-mata, tetapi dalam gelombang besar yang akan mengelirukan pengundi sehingga mereka tidak dapat mengenalpasti yang mana satu adalah berita yang benar. Akhirnya mereka tidak lagi peduli.

5. Kempen berita palsu seperti ini mula mencemari banyak pilihanraya di dunia semenjak 2016. Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dan Kempen Brexit adalah dua contoh utama. Semenjak itu, terdapat banyak laporan tentang taktik “disinformation” yang mencemari pilihanraya di India, Sepanyol dan Brazil. Pakar-pakar menjangkakan trend ini akan menjadi bertambah buruk.

6. Minggu lepas, Polis Diraja Malaysia menyarankan orang ramai agar tidak mempercayai mesej tular yang kononnya datang dari Bukit Aman yang mendakwa akan berlaku pertelingkahan kaum pada 7 dan 8 Disember ini.

7. Ini adalah satu contoh jelas penggunaan berita palsu untuk menghuru-harakan kestabilan negara dan mungkin juga untuk mengalihkan perhatian masyarakat tentang sesuatu isu.

8. Tindakan ini adalah sangat tidak bertanggungjawab, namun kita sebagai rakyat turut memikul tanggungjawab untukmenyemak dan memastikan berita yang kita terima adalah sahih sebelum mencernanya sebagai kebenaran. Tujuan berita palsu adalah untuk mengelirukan and mengalihkan pandangan kita, maka kita bertanggungjawab untuk melindungi diri daripada kekeliruan.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *