Selamat Hari Krismas 2019

1. Di Bumi Malaysia bertuah yang didiami pelbagai bangsa, budaya dan agama ini, sudah pastilah perayaan-perayaan besar disambut bersama sebagai wadah penyatuan rakyat.

2. Sambutan Hari Krismas adalah salah satu daripada perayaan-perayaan utama yang diraikan bukan sahaja oleh penganut Kristian, malah dikongsi bersama  segenap lapisan rakyat Malaysia. Inilah salah satu keindahan Malaysia dan keistimewaan rakyatnya.

3. Keindahan ini lebih terserlah di negeri Sabah yang memang terkenal sebagai sebuah negeri yang memiliki semangat perpaduan antara kaum yang tinggi. Ikatan kerjasama dan persefahaman ini boleh kita lihat dari interaksi harian masyarakatnya yang sangat muhibah.

4. Krismas disambut meriah di Sabah sehinggakan kerajaan Negeri mengumumkan dua hari cuti untuk tahun ini. Cuti tambahan ini memberi peluang untuk mengeratkan hubungan sesama kita dengan aktiviti-aktiviti muhibah.

5. Dalam keadaan sosiopolitik negara yang semakin mencabar hari ini, ambillah iktibar dari semangat kecerian, kerjasama, perpaduan dan kekeluargaan dari sambutan Krismas untuk kita mengeratkan tali persaudaraan antara kita, bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara.

6. Tidak kiralah apa pun negeri, bangsa, budaya, agama dan sebagainya, ingatlah bahawa kita semua adalah anak-anak Malaysia dan kita sendiri yang memikul tanggungjawab untuk melibatkan diri dalam pembangunan, kesejahteraan dan keamanan negara kita ini.

7. Saya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia, dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia. Kita harus #TerusMelangkah bersama.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *