• Virus Berita Palsu

    1. Bulan lepas saya ada menyentuh tentang bahaya penularan ‘virus’ berita palsu yang bukan saja berlaku di Malaysia, malah di serata dunia. 2. Media sosial adalah lubuk penyebaran berita palsu. ‘Jurutera-jurutera’ berita palsu kini semakin licik untuk mengambil kesempatan dari ‘vulnerability’ dan kecenderungan orang ramai untuk segera mengongsikan apa jua yang sensasi. 3. Hari ini kerajaan Malaysia berhadapan pelbagai gejala penyebaran berita palsu yang bukan hanya bermotifkan politik, malah berniat jahat untuk membawa panik, kemarahan serta perbalahan dalam kalangan rakyat. 4. Penularan wabak Koronavirus dari negara China ke beberapa buah negara termasuk Malaysia menjadi satu lagi medan bagi ‘jurutera-jurutera’ berita palsu ini untuk menimbulkan panik dan kegelisahan rakyat. Ada juga…

  • Vote and support may not coincide

    Politik hari ini jauh beza dengan politik pada masa yang lepas. Zaman dahulu, sekiranya seseorang itu menyokong Umno maka orang itu hanya akan mengundi untuk Umno. Mereka tidak kisah atau tidak mengambil kira apa-apa lagi. Sama juga dengan penyokong parti-parti yang lain. Penyokong-penyokong mereka akan ‘tutup mata’ dan pangkah parti yang mereka sokong tanpa ragu-ragu atau berbelah bagi. Hari ini, keadaan sudah berubah. Apa yang dikatakan ‘blind loyalty’ atau ‘taat setia tanpa syarat’ sudah tidak wujud lagi. Sekiranya parti tersebut ingin mendapatkan sokongan dari penyokong mereka, maka mereka perlu membuktikan yang mereka ini layak disokong atau ‘have to earn the support’. Sekiranya parti yang mereka sokong itu menyeleweng atau dilihat…

  • Apabila Matlamat Perjuangan Adalah Lebih Penting Daripada Parti

    1. PAS meraih dua juta undi sedangkan keahliannya hanya satu juta. DAP turut mampu meraih dua juta undi sedangkan keahliannya lebih kecil daripada PAS. UMNO mendakwa mempunyai seramai 3.5 juta ahli, namun hanya meraih 2.5 juta undi. 2. Situasi ini berlaku kepada semua parti politik Malaysia di mana jumlah keahlian tidak selari dengan jumlah undi yang mereka dapat. 3. Ini tidak hanya berlaku di Malaysia. Sebagai contoh, pengundi di UK tidak lagi mengundi berdasarkan parti. Parti Liberal Demokratik adalah sebuah parti yang kecil namun dalam Pilihan Raya Umum 2019, ia telah meraih 3.7 juta undi atau 11.6% dari jumlah undian, sementara Parti Konservatif meraih 14 juta undi atau 43.6%. 4.…

  • Pengajaran Dari Kimanis

    1. Ahli-ahli politik, pemerhati-pemerhati politik dan penganalisa-penganalisa politik nampaknya terlepas pandang satu fakta penting: tiada siapa pun benar-benar tahu apa yang akan dilakukan oleh pengundi, dan bahawa kita harus bersedia untuk menghadapi kejutan. PRK Kimanis adalah satu contoh yang tepat. 2. Pakar-pakar biasanya terbahagi kepada dua, iaitu sama ada politik adalah 1) didorong oleh parti, dan 2) didorong oleh matlamat perjuangan. Kebanyakan pengundi didorong oleh matlamat perjuangan dan tidak akan berkompromi kerana mereka meletakkan matlamat perjuangan di atas kepentingan parti. 3. Bagi rakyat Sabah, isu tempatan adalah lebih penting daripada isu nasional. Atas sebab inilah pengundi di negeri-negeri majoriti Melayu di Semenanjung boleh bertukar daripada menyokong satu parti ke parti…

  • Peperangan, Kemusnahan & Kemanusiaan

    1. Salah satu daripada tarikan Sabah adalah Taman Peringatan Sandakan atau Sandakan Memorial Park yang sebenarnya telah lama dirasmikan pembukaannya iaitu pada 1999. 2. Taman Peringatan ini dibina di atas tapak sebenar Kem Sandakan iaitu kem tahanan tawanan-tawanan perang dari Australia, Britain dan juga askar-askar tempatan Sabah yang berkhidmat untuk Tentera Kolonial British sewaktu Pendudukan Jepun dari 1942 hingga 1945. 3. Dikatakan seramai 2,000 tawanan perang Australia dan 770 dari Britain telah ditempatkan di Kem Sandakan. Di Kem Sandakan inilah bermulanya episod “Sandakan Death Marches” atau Kawad Maut Sandakan di mana seramai 2,434 tahanan perang telah dipaksa untuk berkawad sejauh 260 kilometer ke Ranau. 4. Sehingga penghujung Perang Dunia Kedua,…