Vote and support may not coincide

Politik hari ini jauh beza dengan politik pada masa yang lepas. Zaman dahulu, sekiranya seseorang itu menyokong Umno maka orang itu hanya akan mengundi untuk Umno. Mereka tidak kisah atau tidak mengambil kira apa-apa lagi. Sama juga dengan penyokong parti-parti yang lain. Penyokong-penyokong mereka akan ‘tutup mata’ dan pangkah parti yang mereka sokong tanpa ragu-ragu atau berbelah bagi.

Hari ini, keadaan sudah berubah. Apa yang dikatakan ‘blind loyalty’ atau ‘taat setia tanpa syarat’ sudah tidak wujud lagi. Sekiranya parti tersebut ingin mendapatkan sokongan dari penyokong mereka, maka mereka perlu membuktikan yang mereka ini layak disokong atau ‘have to earn the support’.

Sekiranya parti yang mereka sokong itu menyeleweng atau dilihat sebagai ‘sesat jalan’, penyokong mereka tanpa ragu-ragu akan memangkah parti lawan. Tidak mustahil sekiranya penyokong atau ahli sebuah parti mengundi untuk parti musuh. Ini sudah pun dilihat di dalam beberapa pilihan raya yang sudah di mana ahli seumur hidup parti pemerintah mengundi untuk parti pembangkang sampai parti pembangkan tersebut berjaya membentuk kerajaan.

Sekiranya pengundi memberi undi mereka untuk sesebuah parti, tidak bermakna yang mereka menyokong parti tersebut. Antara penyebab utama perkara ini terjadi adalah disebabkan penyokong-penyokong ini marah atau kecewa dengan parti yang mereka sokong atau parti yang mereka menjadi ahli. Jadi, mereka sengaja memberi sokongan atau pun undi mereka kepada parti lawan untuk memberi isyarat bantahan atau tidak bersetuju dan ‘mengajar’ parti mereka bahawa sokongan mereka adalah bersyarat.

Oleh itu tidak mustahil sekiranya pengundi boleh bertukar parti di dalam pilihan raya. Tidak timbul isu taat setia kepada parti atau isu pendirian. Apa yang penting sekali adalah prestasi dan janji-janji parti tersebut. Hari ini, isu ‘performance and promises’ adalah syarat yang paling utama sekali untuk rakyat dan ianya juga adalah penentu untuk mendapat sokongan.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *