• Federalisme Di Malaysia

    1. Prinsip teras dalam federalisme di Amerika Syarikat menyatakan bahawa Perlembagaannya mengiktiraf kuasa negeri-negeri berdaulat sebagai bebas daripada kuasa persekutuan. Ia juga memberikan negeri pelbagai peranan dalam membentuk Kerajaan Persekutuan. 2. Sebagai contoh, perwakilan negeri memilih Presiden Persekutuan, dan rakyat di setiap negeri menghantar wakil-wakil ke Senat. Rakyat boleh menggerakkan usaha meminda Perlembagaan menerusi negeri, namun Perlembagaan menghadkan kuasa-kuasa tertentu, sebagai contoh mengisytiharkan perang, kepada Kerajaan Persekutuan. 3. Pada asalnya, Tanah Melayu atau Malaysia tidak wujud. Apa yang wujud adalah Negeri-Negeri Selat (dibentuk pada 1826), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1895), dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (1909). Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam Persekutuan ini sehingga 1963. 4. Pada 1909, Siam menyerahkan…

  • Masa Untuk Perbetulkan Keutamaan Kita

    1. Sudah 648 hari berlalu sejak PRU14 namun ‘politicking’ yang menyelubungi Malaysia hari ini membayangkan seolah-olah rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada hari esok. 2. Ada masa untuk berpolitik, namun kita tidak sepatutnya menghabiskan 24 jam sehari untuk berpolitik. 3. Kini sudah tiba masanya untuk perbetulkan keutamaan kita. Kita hidup bukanlah semata-mata untuk berpolitik. Kita juga perlu membina negara dan menyediakan landasan kukuh untuk sebuah negara yang stabil demi masa hadapan generasi akan datang. 4. Kita telah mewarisi sebuah negara yang ulung daripada nenek moyang kita yang telah berjuang dan berkorban agar kita dapat menikmati kehidupan yang baik hari ini. 5. Tanggungjawab kita hari ini adalah untuk melakukan perkara yang…

  • Undi Percaya Dan Undi Tidak Percaya

    1. Dalam sistem demokrasi berparlimen, tidak pernah ada parti pembangkang yang membentangkan usul ‘undi percaya’ kepada kerajaan. Yang ada ialah parti pembangkang membentangkan usul ‘undi tidak percaya,’ khususnya apabila kerajaan gagal melaksanakan kewajibannya, atau memerintah dengan cara yang merugikan negara. 2. Jika parti pembangkang boleh membentangkan usul ‘undi tidak percaya’, bagaimana pula dengan kerajaan? Usul apakah yang boleh mereka lakukan? Bagi kerajaan, biasanya mereka melakukan ‘undi percaya’ apabila menghadapi krisis ketidak yakinan rakyat terhadap dasar belanjawan atau lain-lain dasar mereka. Tujuannya adalah untuk membuktikan dasar pemerintahan mereka mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.   3. Apakah kesannya jika ‘undi percaya’ ini gagal? Di UK, jika kerajaan gagal mendapat undi percaya, mereka…

  • Bila Khabar Angin Mengisi Kekosongan Maklumat

    1. Dalam fizik, kita belajar bahawa apabila wujudnya satu ruang vakum, sesuatu akan hadir untuk mengisi ruang tersebut. 2. Hal yang sama juga berlaku dalam industri maklumat. Apabila wujudnya ‘information vacuum’, sesuatu akan hadir untuk mengisi ruang tersebut. Lazimnya, ia diisikan dengan khabar angin atau maklumat palsu. 3. Dunia internet memburukkan lagi keadaan. Jika sebelum ini maklumat sampai kepada kita selepas beberapa hari, atau sekurang-kurangnya 24 jam, kini segala-galanya sampai kepada kita secara langsung atau ‘real time’. 4. Apabila kerajaan atau pihak berkuasa berkaitan lewat bertindak untuk memberikan respon atau penafian, keadaan menjadi semakin parah. Dengan ketiadaan respon atau penafian, khabar angin atau maklumat palsu tersebut akan dianggap sahih. 5.…

  • Antara Kebebasan Bersuara & Menghormati Privasi

    1. Di UK, ahli-ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan pendirian parti akan melepaskan jawatan dan membuka jalan untuk pilihan raya kecil. Sekiranya mereka tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin parti, mereka juga akan keluar parti untuk menyertai parti lain, atau menjadi calon bebas. 2. Kita ambil Brexit sebagai contoh. Sekiranya pendirian parti, atau pendirian pemimpin parti tidak sama dengan pendirian mereka, maka tidak wajar bagi mereka untuk kekal di dalam parti atau kekal sebagai ahli parlimen yang mewakili parti mereka. 3. Adalah sangat tidak beretika sekiranya mereka kekal di dalam parti atau kekal menjadi ahli parlimen dan kemudiannya mensabotaj parti mereka sendiri menerusi kenyataan yang merosakkan parti atau apabila mereka mendedahkan…

  • Pengundi Memilih Parti, Bukannya Calon

    1. Di United Kingdom, ramai daripada 47 juta pengundi dalam pilihan raya umum lepas keluar ke pusat pengundian tanpa mengetahui siapakah calon yang mereka akan undi. 2. Mereka buat keputusan untuk memberikan undi kepada parti tertentu tanpa mengetahui siapakah calon parti tersebut. Mereka hanya mengetahui nama calon apabila mereka memasuki pusat pengundian. 3. Walaupun pada hari pengundian mereka akan tahu siapakah calon yang bertanding menerusi nama yang disenaraikan pada kertas undi, majoriti daripada pengundi tidak pernah bertemu atau lihat calon tersebut, dan mereka mungkin tidak akan mengenalpasti calon walaupun pernah bertembung di jalanan. 4. Jadi, di UK, siapa yang menjadi calon tidaklah begitu penting. Jika anda bertanding untuk parti yang…