Pengundi Memilih Parti, Bukannya Calon

1. Di United Kingdom, ramai daripada 47 juta pengundi dalam pilihan raya umum lepas keluar ke pusat pengundian tanpa mengetahui siapakah calon yang mereka akan undi.

2. Mereka buat keputusan untuk memberikan undi kepada parti tertentu tanpa mengetahui siapakah calon parti tersebut. Mereka hanya mengetahui nama calon apabila mereka memasuki pusat pengundian.

3. Walaupun pada hari pengundian mereka akan tahu siapakah calon yang bertanding menerusi nama yang disenaraikan pada kertas undi, majoriti daripada pengundi tidak pernah bertemu atau lihat calon tersebut, dan mereka mungkin tidak akan mengenalpasti calon walaupun pernah bertembung di jalanan.

4. Jadi, di UK, siapa yang menjadi calon tidaklah begitu penting. Jika anda bertanding untuk parti yang betul, anda akan menang. Jika anda bertanding untuk  parti yang salah, anda akan kalah.

5. Dan parti ‘betul’ atau ‘salah’ ini ditentukan oleh faktor di mana anda bertanding dan apakah isu penting bagi konstituensi tersebut.

6. Sebagai contoh, sekiranya parti anda menyokong legalisasi pengguguran bayi namun konstituensi anda mempunyai sebuah masyarakat Katolik yang kuat, anda mungkin akan kalah walaupun anda adalah calon yang lebih berkelayakan.

7. Di Malaysia, ramai calon yang lebih berkelayakan telah kalah dalam PRU14 kerana pengundi mengutamakan parti. Selain itu, pengundi turut menyokong sesebuah parti kerana isu tertentu dan mereka mengundi parti terbabit tanpa mengira siapakah calonnya.

8. Inilah realitinya walaupun dalam kes tertentu, calon yang bertanding dianggap penting dan berkemungkinan akan menang tidak kiralah parti apa di belakangnya, walaupun jika dia bertanding sebagai calon bebas.

9. Namun ini adalah pengecualian yang jarang sekali berlaku, dan hanya beberapa orang ‘lagenda’ sahaja yang mampu mendapat sokongan sebegini daripada pengundi.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *