Masa Untuk Perbetulkan Keutamaan Kita
1. Sudah 648 hari berlalu sejak PRU14 namun ‘politicking’ yang menyelubungi Malaysia hari ini membayangkan seolah-olah rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada hari esok.
2. Ada masa untuk berpolitik, namun kita tidak sepatutnya menghabiskan 24 jam sehari untuk berpolitik.
3. Kini sudah tiba masanya untuk perbetulkan keutamaan kita. Kita hidup bukanlah semata-mata untuk berpolitik. Kita juga perlu membina negara dan menyediakan landasan kukuh untuk sebuah negara yang stabil demi masa hadapan generasi akan datang.
4. Kita telah mewarisi sebuah negara yang ulung daripada nenek moyang kita yang telah berjuang dan berkorban agar kita dapat menikmati kehidupan yang baik hari ini.
5. Tanggungjawab kita hari ini adalah untuk melakukan perkara yang sama untuk cucu-cicit kita agar mereka dapat menerima warisan yang sepatutnya mereka terima daripada kita.
6. Pakar-pakar menjangkakan bahawa wabak Koronavirus akan melemahkan ekonomi banyak negara, atau sekurang-kurangnya memperlahankan pertumbuhan negara-negara tersebut. Malaysia akan turut terjejas akibat bencana ini.
7. Kita harus menyelamatkan Malaysia daripada kesan bencana ekonomi ini dan tanggungjawab ini patut dipikul oleh kedua-dua kerajaan dan juga pembangkang.
8. Kerajaan dan pembangkang harus mencari titik persamaan atau jalan tengah agar kita dapat bekerjasama untuk mengukuhkan ekonomi negara di sebalik bayangan masa hadapan yang sukar ini.
9. Ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya ‘politicking’ ini berterusan tanpa henti. Inilah masanya untuk kita tunjukkan patriotisme kita dengan meletakkan negara sebagai keutamaan.
4 Comments
Pingback:
AffiliateLabz
Great content! Super high-quality! Keep it up! 🙂
Jani Brandorff
I am so happy to read this. This is the kind of manual that needs to be given and not the random misinformation that is at the other blogs. Appreciate your sharing this best doc.
cbd
First of all I would like to say excellent blog!
I had a quick question that I’d like to ask
if you do not mind. I was interested to find out how you center yourself and clear your
mind prior to writing. I’ve had a difficult time clearing my thoughts in getting
my thoughts out there. I truly do take pleasure in writing but it just
seems like the first 10 to 15 minutes are generally lost simply
just trying to figure out how to begin. Any ideas
or hints? Thank you!