• #StrongerTogether

    1. Kita akui bahawa negara kita (dan juga seluruh dunia) sedang menghadapi satu krisis yang belum pernah kita lalui atau rasai sebelum ini. 2. Alhamdulillah kita telah berjaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari, namun kita perlu lagi duduk di rumah dan menghadkan aktiviti di luar selama dua minggu lagi. 3. Fasa kedua PKP ini memohon supaya kita lebih berdisiplin dan bersedia. Pastikan ketua-ketua keluarga mematuhi tempoh waktu yang dibenarkan untuk membeli barangan keperluan. Untuk yang lain, duduklah di rumah. 4. Setakat semalam, kadar pematuhan PKP di Sabah telah naik ke 95%. Syabas orang Sabah. Tahniah juga kepada orang Kota Belud di mana 98% telah mematuhi arahan-arahan PKP. Keep…

  • Terima kasih Front Liners

    1. Dengan pengumuman PM Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020, kita menerima petanda bahawa wabak Covid-19 belum lagi reda. 2. Malahan, ia memberi amaran kepada kita bahawa keadaan akan menjadi bertambah sukar lagi dengan kes-kes baharu yang masih berlaku. 3. Lebih menyedihkan, wabak ini juga telah menjangkiti petugas-petugas KKM yang menjadi wira barisan hadapan dalam memerangi Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nood Hisham Abdullah mengumumkan hari ini seramai 73 kakitangan KKM telah dikesan positif Covid-19. 4. Saya berharap agar berita ini tidak melemahkan semangat front liners kita yang sedang berkhidmat. Selain doktor dan petugas kesihatan, rakyat Malaysia berterima kasih…

  • Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diengkari

    1. “Stay put where you are,” PM Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu malam tadi, dengan nada yang kurang formal namun cukup serius jika dibandingkan dengan ucapan beliau mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dua hari sebelumnya. 2. Perubahan nada tersebut membayangkan amaran yang begitu serius dari pihak kerajaan. Setelah Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, rakyat Malaysia masih lagi bergerak ke sana sini, berhimpit di pasaraya, dan ada juga yang keluar makan minum di luar. 3. Lebih membimbangkan lagi, ramai yang berpusu-pusu untuk balik kampung sehingga jalanraya sesak dan perhentian bas dipenuhi orang ramai. 4. Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan untuk memantau penularan wabak Covid-19. Jika rakyat Malaysia engkar atau memandang ringan, Malaysia berhadapan…

  • Covid-19: Peliharalah Diri & Keluarga Anda

    1. Itali dan Iran adalah dua negara di luar China yang mengalami penularan wabak Covid-19 paling teruk hari ini. Setakat 14 Mac, Itali merekodkan sejumlah 17,660 kes dengan 1,266 kematian sementara Iran pula ada 12,729 kes dengan 611 kematian. 2. Malaysia pula, walaupun setakat hari ini tiada rekod kematian, telah meningkat ke 428 kes. Jika kita mengikuti perkembangan berita, maka kita tahu angka ini akan meningkat lagi saban hari. 3. Kita berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pihak kerajaan sebelum ini dan hari ini yang telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membendung penularan wabak ini. Saya percaya banyak lagi langkah-langkah pencegahan yang akan diumumkan selari dengan ancaman bahaya yang…

  • Gelombang Kedua Covid-19

    1. Dalam kita masih lagi sibuk memperkatakan tentang kejatuhan kerajaan PH dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM kelapan, kita seakan-akan lupa kepada penularan wabak virus Korona atau Covid-19 yang nampaknya semakin merbahaya. 2. Minggu lepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan amaran yang tidak boleh dipandang ringan lagi oleh mana-mana negara pun di dunia. “No country should assume it won’t get cases, that would be a fatal mistake, quite literally,” kata Setiausaha Agung WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus. 3. Di Jepun terdapat satu kes di mana seorang wanita disahkan positif Covid-19 buat kali kedua. Negara penganjur Olimpik Tokyo 2020 itu kini sedang giat berbincang dengan WHO untuk menentukan sama ada…

  • Masa Untuk Perdamaian Dan Penyembuhan Negara

    1. Rakyat Malaysia sukar memahami bahawa ‘there is a time and place for everything’. 2. Kita berkecenderungan untuk bermain politik sebaik saja sehari pilihan raya umum berlalu, dan kita akan terus berpolitik tanpa henti sehinggalah tiba pilihan raya umum seterusnya lima tahun kemudian. 3. Memanglah benar kita boleh bertungkus lumus sepenuh hati dalam arena politik dan tegas mempertahankan kepercayaan dan matlamat kita, namun sebaik sahaja keputusan diumumkan kita sepatutnya berhenti ‘berperang’ dan mula bekerja. 4. Namun nampaknya kita tidak berupaya untuk menukar ‘mode’ dan kita terus berada dalam ‘fighting mode’ apabila kita sepatutnya berada dalam ‘working mode’. 5. Pertandingan telah tamat dan keputusan telah pun dibuat. Sudah tentulah yang menang…