Terima kasih Front Liners

1. Dengan pengumuman PM Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020, kita menerima petanda bahawa wabak Covid-19 belum lagi reda.

2. Malahan, ia memberi amaran kepada kita bahawa keadaan akan menjadi bertambah sukar lagi dengan kes-kes baharu yang masih berlaku.

3. Lebih menyedihkan, wabak ini juga telah menjangkiti petugas-petugas KKM yang menjadi wira barisan hadapan dalam memerangi Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nood Hisham Abdullah mengumumkan hari ini seramai 73 kakitangan KKM telah dikesan positif Covid-19.

4. Saya berharap agar berita ini tidak melemahkan semangat front liners kita yang sedang berkhidmat. Selain doktor dan petugas kesihatan, rakyat Malaysia berterima kasih kepada anggota-anggota keselamatan seperti polis dan tentera, kakitangan ‘essential services’ seperti di lapangan terbang, bank, hotel, Pos Malaysia dan lain-lain.

5. Tidak lupa juga kepada adik-adik penghantar makanan yang tetap bekerja meredah hujan dan panas serta terdedah kepada risiko jangkitan demi memastikan rakyat Malaysia tidak keluar rumah atau kelaparan.

6. Anda semualah wira-wira negara! Kita sebagai rakyat Malaysia boleh membalas jasa dan pengorbanan mereka dengan duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. They stay at work for us, we must stay at home for them.

7. Kepada front liners, jagalah kesihatan anda. Amalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan, amalkan jarak sosial dan pakailah topeng muka mengikut keperluan.

8. Bersama, kita mampu melawan wabak ini. We can be #StrongerTogether.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *