#StrongerTogether

1. Kita akui bahawa negara kita (dan juga seluruh dunia) sedang menghadapi satu krisis yang belum pernah kita lalui atau rasai sebelum ini.

2. Alhamdulillah kita telah berjaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari, namun kita perlu lagi duduk di rumah dan menghadkan aktiviti di luar selama dua minggu lagi.

3. Fasa kedua PKP ini memohon supaya kita lebih berdisiplin dan bersedia. Pastikan ketua-ketua keluarga mematuhi tempoh waktu yang dibenarkan untuk membeli barangan keperluan. Untuk yang lain, duduklah di rumah.

4. Setakat semalam, kadar pematuhan PKP di Sabah telah naik ke 95%. Syabas orang Sabah. Tahniah juga kepada orang Kota Belud di mana 98% telah mematuhi arahan-arahan PKP. Keep it up!

5. Covid-19 bukan sahaja mengancam nyawa dan kesihatan kita, ia turut meninggalkan impak yang cukup besar kepada ekonomi akibat faktor-faktor luaran (kejutan dalam permintaan dan penawaran global) dan domestik (PKP).

6. Ini membawa impak besar ke atas rakyat dan juga perniagaan. Golongan yang paling menerima impak adalah golongan berpendapatan rendah. Ramai yang memerlukan bantuan.

7. Walaupun kita ‘berjauhan’ (akibat social distancing), kita harus ingat bahawa kita masih berupaya untuk membantu dan menjaga kebajikan komuniti kita. Bantulah jiran anda sekiranya mereka memerlukan bantuan, namun pastikan diri anda mengambil langkah-langkah pencegahan yang disarankan.

8. Saya memuji sikap muhibah ramai rakyat Malaysia tidak kira secara individu atau menerusi kumpulan yang secara sukarela memberikan bantuan berupa perkhidmatan penyediaan dan penghantaran makanan kepada mereka yang memerlukan. Selain daripada front liners, mereka ini juga adalah wira-wira kita semua.

9. Kita berdoa agar krisis ini segera berakhir. Kini adalah masa untuk kita bersolidariti dan saling bekerjasama. Remember that we are #StrongerTogether.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *