• Ramadan & Perintah Kawalan Pergerakan

    1. Hari ini Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia, dan insya-Allah umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa esok, 24 April 2020. 2. Lazimnya pada bulan Ramadan kita keluar beramai-ramai untuk beribadat di masjid, ke bazar membeli juadah berbuka, menziarahi rakan atau sanak saudara dan ramai juga yang keluar mengerjakan ibadah kebajikan demi mengambil berkat bulan yang mulia ini. 3. Namun tahun ini suasana Ramadan di seluruh dunia adalah cukup berbeza. Negara-negara Timur Tengah akan menyambut Ramadan dalam suasana suram tanpa solat berjemaah di masjid atau mengadakan majlis berbuka puasa. 4. Di Malaysia, Ramadan tiba sewaktu kita masih di dalam fasa…

  • Datuk Dr. Noor Hisham & Team Malaysia

    1. Setiap hari bila kita mencari berita tentang Covid-19, kita berjumpa dua statistik yang nampak agak berbeza. Pertama adalah statistik jangkitan di seluruh dunia, dan kedua pula adalah statistik di Malaysia. 2. Kes di seluruh dunia sudah mencecah 2,248,891. Daripada ini, seramai 154,145 telah meninggal dunia. Di Eropah sahaja sudah 1,029,214 orang dijangkiti dan 96,228 meninggal dunia. Pertambahan kes yang pantas dan berganda dalam statistik dunia ini memang menakutkan. 3. Di Malaysia, hari kedua fasa ketiga PKP menyaksikan jumlah jangkitan yang paling rendah, iaitu 69 kes. Kadar kesembuhan pula melonjak naik kepada 56.5%. Statistik 17 April menunjukkan 2,198 kes aktif sedang dirawat daripada keseluruhan 5,251 kes. 4. Statistik di Malaysia…

  • ‘New Normal’ Dalam Menghadapi Covid-19

    1. Saya menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April. 2. Selepas hampir sebulan dalam PKP, Malaysia menyaksikan kadar jangkitan yang stabil dan kadar penyembuhan yang memberangsangkan (42.11%). Kadar kematian pula adalah pada 1.61%, antara yang paling rendah di dunia. 3. Dalam pada itu, kita berhadapan dengan ‘new normal’ atau kebiasaan baharu yang mungkin meresahkan kita. Ini tidak terhad kepada amalan-amalan biasa yang kita lakukan semata-mata. 4. Semalam, PM Tan Sri Muhyiddin menyebut beberapa contoh mudah seperti tidak lagi berjabat tangan apabila bertemu kenalan dan kerap membasuh tangan. 5. Dalam ‘new normal’ ini, kita terpaksa mengubah tatacara kita dalam banyak perkara – cara kita berbelanja, belajar,…

  • COVID-19: Secara perbandingan, prestasi Malaysia bagus

    1. Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia telah melebihi satu juta orang dengan angka kematian hampir seramai 60,000 orang dan ini akan meningkat lagi sekiranya kita tidak berawas. (Anda boleh lihat statistik secara ‘real time’ di covidvisualizer.com) 2. Statistik ini sangat menakutkan namun pandemik ini tidaklah seteruk wabak Spanish Flu sekitar 1918-1920 yang telah menjangkiti 500 juta orang di seluruh dunia dan membunuh kira-kira 50 juta orang atau 10% daripada penghidap. 3. Amerika Syarikat dan United Kingdom menganggarkan bahawa lambat laun 60%-70% penduduk dunia akan dijangkiti sebelum virus ini dapat dibasmi. Ini yang telah diumumkan oleh Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Boris Johnson dua minggu dahulu. 4. Pakar-pakar pula…