• Penularan Tempatan Sudah Terkawal

    1. Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan 10 kes baharu Covid-19 di Malaysia, di mana kesemua kes adalah dari penularan tempatan. 7 kes di Kuala Lumpur, 2 kes di Selangor dan 1 kes di Pahang. Negeri-negeri lain menunjukkan angka sifar, alhamdulillah. 2. Sehari sebelumnya, kita mencatatkan rekod baharu dengan jumlah kes satu digit sahaja (9) dalam penularan tempatan. Daripada 15 kes yang dilaporkan, enam adalah kes import. Hanya empat daripada sembilan penularan tempatan pada hari tersebut adalah warganegara Malaysia. 3. Sewaktu kita sibuk menyambut Aidilfitri, kita dikejutkan dengan statistik pada dua hari yang melonjak kembali kepada tiga digit. Pada 25 Mei kita merekodkan sebanyak 172 kes…

  • Antara Tradisi & Nyawa

    1. Dengan Aidilfitri yang semakin dekat dengan kita, sudah tentulah ramai antara kita yang merindui keluarga di kampung. Memang sudah menjadi tradisi bagi kita untuk pulang ke kampung, malah ada juga antara kita yang hanya pulang ke kampung setahun sekali sewaktu Aidilfitri. 2. Namun kini situasi kita telah jauh berubah. Cabaran dan ancaman yang kita dan seluruh dunia sedang hadapi ketika ini memaksa kita untuk mengubah normal-normal kehidupan, dan ini termasuklah dalam menyambut Aidilfitri. 3. Majlis Keselamatan Negara kerap mengingatkan orang ramai bahawa pergerakan rentas negeri masih tidak lagi dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. 4. Namun menurut PDRM, hampir 2,500 kereta telah cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung…

  • Selamat Hari Guru 2020

    Hari Guru 2020 disambut dalam normal baharu tanpa majlis atau acara meriah yang meninggalkan kenangan manis kepada guru dan murid. Namun ini bukanlah bermakna penghargaan kita terhadap guru semakin terhakis atau berkurangan. Sama seperti sesi pembelajaran yang dibuat dalam talian di rumah, sudah pastilah murid tidak melepaskan peluang ini untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada guru secara maya. Tahun ini sangat mencabar kepada semua profesyen, dan profesyen pendidik juga tidak terlepas daripada kesan penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. PKP menyaksikan sekolah serta IPT ditutup sejak 18 Mac lepas di mana proses pembelajaran mula dikendalikan secara dalam talian di rumah. Ini membawa cabaran baharu kepada guru…

  • Ramadan & Syawal Dalam Norma Baharu

    1. Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 18 umat Islam melaksanakan tuntutan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa sepanjang bulan Ramadan. 2. Sudah lebih dua minggu kita melalui Ramadan dalam norma baharu tanpa solat berjemaah di surau atau ke majlis berbuka puasa, dan ramai juga yang meraikan Nuzul Al-Quran dua hari lepas dengan membaca Al-Quran bersama keluarga di rumah. 3. Pada 5 Mei, iaitu sehari selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita mencatat 30 kes baru Covid-19. Seterusnya 45 kes (6 Mei), 39 kes (7 Mei), 68 kes (8 Mei), 54 kes (9 Mei) dan semalam pula 67 kes baharu. 4. Statistik dua angka ini memberikan kita serba sedikit harapan…

  • Pertandingan Video Pendek Kota Belud

    Dalam menyambut kedatangan Syawal dalam suasana norma baharu ini, marilah kita tambahkan sedikit keriangan sambil mengutuhkan lagi tali silaturahim antara kita dan keluarga. Hasil kerjasama Arked Print dari Kota Belud dan diri saya, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai Pertandingan Video Pendek & Foto Keluarga dengan tema Hari Raya Aidilfitri. Hadiah menarik berupa wang tunai dan reload menanti pemenang-pemenang yang menghasilkan video dan foto yang paling kreatif dan menarik. Syarat-syarat pertanding tertera di poster, dan anda boleh menghantar video dan foto anda ke halaman Arked Print di https://www.facebook.com/ARKED-PRINT-GROUP-193735880673624/. #RamadanMubarak #Syawal #HariRaya2020 #Aidilfitri2020 #TerusMelangkah

  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

    1. Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini, selepas 46 hari rakyat Malaysia melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 2. Dengan pelaksanaan PKPB ini, hampir semua jenis perniagaan dibenarkan beroperasi kecuali perniagaan yang membabitkan orang ramai seperti pawagam, kelab malam, pusat rekreasi, konsert dan sebagainya. 3. Aktiviti sukan yang melibatkan seorang atau beberapa orang seperti joging, berbasikal, golf dan badminton juga dibenarkan namun sukan yang melibatkan penonton seperti bolasepak masih tidak dibenarkan. 4. Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta…

  • Selamat Hari Pekerja 2020

    1. Ramai antara kita yang mungkin tidak tahu bahawa Hari Pekerja disambut sebagai peringatan tentang kejayaan sosial dan ekonomi bagi pergerakan pekerja. 2. Tarikh 1 Mei setiap tahun dipilih kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh telah menuntut lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat dan ia mula dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886. Sebelum itu, pekerja terpaksa bekerja 16 jam sehari. 3. Penghujung tahun lepas dan sepanjang 5 bulan tahun ini, dunia menghadapi cabaran yang getir. Wabak Covid-19 telah melemahkan institusi-institusi sosial dan ekonomi setiap negara di dunia. Malaysia juga tidak terkecuali. 4. Namun alhamdulillah, atas dasar dan tindakan kerajaan dan juga komitmen yang ditunjukkan oleh Majlis Keselamatan…