Pertandingan Video Pendek Kota Belud

Dalam menyambut kedatangan Syawal dalam suasana norma baharu ini, marilah kita tambahkan sedikit keriangan sambil mengutuhkan lagi tali silaturahim antara kita dan keluarga.

Hasil kerjasama Arked Print dari Kota Belud dan diri saya, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai Pertandingan Video Pendek & Foto Keluarga dengan tema Hari Raya Aidilfitri. Hadiah menarik berupa wang tunai dan reload menanti pemenang-pemenang yang menghasilkan video dan foto yang paling kreatif dan menarik.

Syarat-syarat pertanding tertera di poster, dan anda boleh menghantar video dan foto anda ke halaman Arked Print di https://www.facebook.com/ARKED-PRINT-GROUP-193735880673624/.

#RamadanMubarak #Syawal #HariRaya2020 #Aidilfitri2020 #TerusMelangkah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *