• Pendirian Politik Saya Dalam Lankskap Politik Hari Ini

    1. Sejak kebelakangan ini ramai bertanya kepada saya mengenai pendirian politik saya di sebalik apa yang berlaku dalam lanskap politik negara termasuk di Sabah. 2. Seperti sedia maklum, saya bersama sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah telah meninggalkan UMNO pada 12 Disember 2018. 3. Pada waktu itu saya berpandangan negeri Sabah harus membina hubungan yang kukuh dengan Kerajaan Persekutuan untuk kekal membangun dan berdaya saing. 5. Hampir setahun kemudian iaitu pada Oktober 2019 saya telah memohon untuk menyertai PKR. 6. PKR adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan ketika itu, dan saya memilihnya demi kesinambungan kerjasama antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan. 7. Walaubagaimana pun, setelah memikirkan secara mendalam dan mengambil kira lanskap politik…

  • PKPP Bukan Alasan Untuk Abaikan Normal Baharu

    1. Minggu lepas saya menulis kes terakhir Covid-19 yang dikesan di Sabah adalah pada 2 Jun, dan jumlah jangkitan kekal sebanyak 348 kes selama beberapa hari. 2. Namun selepas itu sehingga semalam, jumlah kes telah meningkat kepada 358, dan berlaku satu kematian di Sabah pada 12 Jun melibatkan seorang warga emas berusia 96 tahun. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. 3. Statistik untuk Malaysia pula menunjukkan masih ada jangkitan tempatan walaupun majoritinya melibatkan warga asing. Namun kita boleh bersyukur kerana jumlah penyembuhan melebihi jumlah jangkitan sehingga melebihi tiga kali ganda. 4. Jangkitan tempatan yang masih berlaku bermaksud kita harus kekal berwaspada walaupun kerajaan telah melaksanakan…

  • Teruskan Amalan Normal Baharu

    1. Alhamdulillah, rakyat Sabah sudah berjaya mendatarkan keluk jangkitan Covid-19. Sehingga semalam, jumlah keseluruhan kes di Sabah adalah 348 kes, dengan 5 kematian. 2. Kes terakhir yang direkodkan adalah pada 2 Jun dengan satu kes yang melibatkan seorang yang pulang ke Labuan dari Beaufort. Sarawak juga tidak mencatatkan sebarang kes baharu selama lapan hari berturut-turut. 3. Pada hari Rabu kerajaan negeri Sabah mengumumkan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang ingin datang ke Sabah sama ada untuk urusan kerja atau pun melancong. 4. Dengan ini, rakyat Malaysia yang tiba dari Labuan, Semenanjung atau Sarawak tidak lagi perlu dikuarantin sekiranya mereka telah menjalani ujian Covid-19 sebelum tiba di Sabah. 5. Jabatan Kesihatan Negeri…