• Tumpuan Harus Sentiasa Diberi Untuk Menangani Kemiskinan

    1. Pengumuman kerajaan semalam tentang garis kemiskinan negara yang dinilai semula dan dinaikkan dari RM980 kepada RM2,208 sudah lama dinantikan dan ia juga amat bersesuaian dengan situasi hari ini di mana impak ekonomi akibat wabak Covid-19 amat dirasai oleh semua. 2. Inilah yang rakyat mahu dengar, iaitu hal-hal yang merangkumi kepentingan serta kebajikan hidup mereka. 3. Apa yang penting bagi rakyat adalah kehidupan dan mata pencarian hidup mereka. Dengan kenaikan garis kemiskinan negara, kadar kemiskinan telah meningkat dari 0.4% atau 24,700 isi rumah pada 2016 kepada 5.6% atau 405,441 isi rumah hari ini. 4. Ini bermakna kadar kemiskinan telah naik berganda-ganda dan cabaran kepada kerajaan hari ini ialah bagaimana untuk…

  • Gabungan Muafakat Nasional & Perikatan Nasional Bakal Jadi “Game Changer” PRU15

    1. Selepas PRU14 pada Mei 2018, kita telah menyaksikan lima pilihan raya kecil (PRK) Parlimen dan enam PRK DUN. Beberapa keputusan PRK ini telah menunjukkan bahawa kerjasama antara UMNO dan PAS, dan kini bersama PPBM, telah memperbaiki prestasi Barisan Nasional (BN). Anda boleh lihat peratusan serta perbandingan di penghujung catatan. 2. Pada PRU14, Pakatan Harapan (PH) memenangi 45.68% undi popular dan 50.90% kerusi Parlimen. BN, apabila digabungkan dengan PAS, memperolehi undi popular yang lebih besar iaitu 49.97%, namun hanya memenangi 43.70% kerusi Parlimen. 3. Dari segi “undi popular Melayu” pula, PH memperolehi 11.38% (gabungan PPBM dan PAN) manakala gabungan UMNO dan PAS memenangi 37.72%. Baki selebihnya sekitar 10% telah diperolehi…

  • Apakah Agenda Al Jazeera?

    1. Saya sudah tonton video bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” terbitan Al Jazeera di YouTube. Pandangan saya sama seperti lebih 210,000 netizens yang “dislike” video tersebut. 2. Jika anda masih belum menontonnya, dokumentari 30 minit itu menyamakan langkah kerajaan mengawal penularan Covid-19 dalam kalangan warga asing di Selangor Mansion sebagai ganas, menekan, tidak berperikemanusiaan dan bersifat perkauman terhadap warga asing. 3. Ia seolah-olah menggambarkan kerajaan dan polis Malaysia sebagai junta tentera yang kejam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. 4. Pada pandangan saya dokumentari ini sangat berat sebelah dan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Ia dihasilkan atas niat untuk mengelirukan serta memburukkan nama negara setelah kita berjaya mengawal penularan Covid-19…

  • Muafakat Nasional Telah Membuktikan Dirinya

    1. Pilihan raya kecil DUN Chini telah membuktikan bahawa gabungan UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional adalah sangat berkesan. 2. Kredit kepada kemenangan ini haruslah diberi kepada kerjasama erat antara UMNO dan PAS, dan bagaimana kerjasama ini telah menterjemah kepada satu kemenangan PRK yang menakjubkan. 3. Keputusan PRU14 pada Mei 2018 sudah pastinya berbeza jika gabungan Muafakat Nasional telah wujud pada waktu itu. Namun semuanya telah terlalu dan tiada gunanya merenung masa lampau. Adalah lebih baik untuk terus fokus kepada apa yang perlu dilakukan pada masa hadapan. 4. Gabungan Muafakat Nasional harus diperkukuhkan, dan sama ada UMNO dan PAS akan menghadapi PRU akan datang sebagai Muafakat Nasional atau pun menjadi…

  • Politik Perkhidmatan & Pembangunan

    1. Sejak saya menglibatkan diri dalam bidang politik yang menyaksikan saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Menteri, Senator dan Menteri Persekutuan, saya kekal ke hari ini sebagai seorang yang moderate, progresif dan amat mendukung kestabilan, walaupun kini saya tidak memegang apa-apa jawatan. 2. Saya juga berpegang kepada politik pembangunan – iaitu politik yang memberi penekanan pada pembangunan prasarana, penciptaan peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi. 3. Saya juga amat menghormati amalan demokrasi. Sebagai seorang demokrat, saya menerima dan menghormati keputusan rakyat menerusi pilihan raya. 4. Saya menerima dan menghormati keputusan rakyat apabila Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran di Putrajaya sejak Mei 2018. Saya juga menerima dan menghormati Kerajaan…

  • Permohonan Saya Untuk Kembali Bersama UMNO

    1. Saya merujuk kepada laporan portal berita Free Malaysia Today bertarikh 30 Jun 2020 berhubung kenyataan Ketua UMNO Sabah, YB Dato’ Sri Bung Muktar Radin yang mengesahkan saya telah memohon untuk kembali menyertai UMNO. 2. Di sini saya turut mengesahkan bahawa saya telah memohon untuk kembali bersama UMNO pada 26 Mei 2020 melalui YB Ketua UMNO Sabah. 3. Saya membuat keputusan tersebut setelah merenung kembali keputusan yang saya ambil termasuklah keluar daripada UMNO secara ‘en-block’ pada 12 Disember 2018 yang mana kini saya anggap sebagai satu kekhilafan. 4. Kini saya menyerahkan kepada UMNO khususnya YB Presiden, Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Sabah yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar…