Permohonan Saya Untuk Kembali Bersama UMNO

1. Saya merujuk kepada laporan portal berita Free Malaysia Today bertarikh 30 Jun 2020 berhubung kenyataan Ketua UMNO Sabah, YB Dato’ Sri Bung Muktar Radin yang mengesahkan saya telah memohon untuk kembali menyertai UMNO.

2. Di sini saya turut mengesahkan bahawa saya telah memohon untuk kembali bersama UMNO pada 26 Mei 2020 melalui YB Ketua UMNO Sabah.

3. Saya membuat keputusan tersebut setelah merenung kembali keputusan yang saya ambil termasuklah keluar daripada UMNO secara ‘en-block’ pada 12 Disember 2018 yang mana kini saya anggap sebagai satu kekhilafan.

4. Kini saya menyerahkan kepada UMNO khususnya YB Presiden, Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Sabah yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.

5. Saya berhasrat untuk menyumbang sepenuh usaha dan tenaga saya bersama UMNO dalam meneruskan agenda perjuangan membina negara Malaysia yang tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *