Politik Perkhidmatan & Pembangunan

1. Sejak saya menglibatkan diri dalam bidang politik yang menyaksikan saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Menteri, Senator dan Menteri Persekutuan, saya kekal ke hari ini sebagai seorang yang moderate, progresif dan amat mendukung kestabilan, walaupun kini saya tidak memegang apa-apa jawatan.

2. Saya juga berpegang kepada politik pembangunan – iaitu politik yang memberi penekanan pada pembangunan prasarana, penciptaan peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi.

3. Saya juga amat menghormati amalan demokrasi. Sebagai seorang demokrat, saya menerima dan menghormati keputusan rakyat menerusi pilihan raya.

4. Saya menerima dan menghormati keputusan rakyat apabila Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran di Putrajaya sejak Mei 2018. Saya juga menerima dan menghormati Kerajaan Persekutuan baharu yang dibentuk selepas kejatuhan Pakatan Harapan Februari lepas.

5. Lanskap politik boleh berubah-ubah, dan ini adalah lumrah dalam dunia politik.

6. Apa yang lebih penting kepada saya adalah sebuah kerajaan yang memahami kehendak rakyat, mendengar suara rakyat dan bekerja keras demi mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial, serta menjamin sejahteraan rakyat jelata.

7. Inilah tanggungjawab pemimpin politik iaitu berkhidmat untuk rakyat. Sepanjang penglibatan saya dalam dunia politik sama ada untuk Sabah atau untuk Malaysia, saya cuba memberikan perkhidmatan yang paling baik untuk rakyat.

8. Inilah pendirian politik saya yang sebenar-benarnya, iaitu politik perkhidmatan untuk rakyat berbilang kaum, dan politik pembangunan yang menjaga kepentingan rakyat dan memacu negara ke arah perpaduan, kestabilan dan kemapanan ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *