Muafakat Nasional Telah Membuktikan Dirinya

1. Pilihan raya kecil DUN Chini telah membuktikan bahawa gabungan UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional adalah sangat berkesan.

2. Kredit kepada kemenangan ini haruslah diberi kepada kerjasama erat antara UMNO dan PAS, dan bagaimana kerjasama ini telah menterjemah kepada satu kemenangan PRK yang menakjubkan.

3. Keputusan PRU14 pada Mei 2018 sudah pastinya berbeza jika gabungan Muafakat Nasional telah wujud pada waktu itu. Namun semuanya telah terlalu dan tiada gunanya merenung masa lampau. Adalah lebih baik untuk terus fokus kepada apa yang perlu dilakukan pada masa hadapan.

4. Gabungan Muafakat Nasional harus diperkukuhkan, dan sama ada UMNO dan PAS akan menghadapi PRU akan datang sebagai Muafakat Nasional atau pun menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional akan bergantung kepada bagaimana hubungan antara Muafakat Nasional dan Parti Pribumi Bersatu dipupuk dari masa ke semasa.

5. Satu permulaan yang baik dalam mengukuhkan hubungan dalam Perikatan Nasional ini adalah untuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional.

6. Ini akan mencerminkan perasaan muhibah dan kepercayaan antara kesemua parti dalam Perikatan Nasional, dan dapat menunjukkan kepada akar umbi bahawa hubungan ini bukan hanya memanfaatkan satu pihak semata-mata tapi membawa kebaikan bersama kepada semua parti dalam Perikatan Nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *