• Politik Perkhidmatan & Pembangunan

    1. Sejak saya menglibatkan diri dalam bidang politik yang menyaksikan saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Menteri, Senator dan Menteri Persekutuan, saya kekal ke hari ini sebagai seorang yang moderate, progresif dan amat mendukung kestabilan, walaupun kini saya tidak memegang apa-apa jawatan. 2. Saya juga berpegang kepada politik pembangunan – iaitu politik yang memberi penekanan pada pembangunan prasarana, penciptaan peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi. 3. Saya juga amat menghormati amalan demokrasi. Sebagai seorang demokrat, saya menerima dan menghormati keputusan rakyat menerusi pilihan raya. 4. Saya menerima dan menghormati keputusan rakyat apabila Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran di Putrajaya sejak Mei 2018. Saya juga menerima dan menghormati Kerajaan…

  • Permohonan Saya Untuk Kembali Bersama UMNO

    1. Saya merujuk kepada laporan portal berita Free Malaysia Today bertarikh 30 Jun 2020 berhubung kenyataan Ketua UMNO Sabah, YB Dato’ Sri Bung Muktar Radin yang mengesahkan saya telah memohon untuk kembali menyertai UMNO. 2. Di sini saya turut mengesahkan bahawa saya telah memohon untuk kembali bersama UMNO pada 26 Mei 2020 melalui YB Ketua UMNO Sabah. 3. Saya membuat keputusan tersebut setelah merenung kembali keputusan yang saya ambil termasuklah keluar daripada UMNO secara ‘en-block’ pada 12 Disember 2018 yang mana kini saya anggap sebagai satu kekhilafan. 4. Kini saya menyerahkan kepada UMNO khususnya YB Presiden, Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Sabah yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar…