• Autonomi Untuk BN Sabah Satu Permulaan Yang Baik

    1. Pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berhubung autonomi sepenuhnya kepada BN Sabah dalam bersiapsiaga dan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini adalah satu pengumuman yang lama dinantikan oleh pimpinan BN Sabah. 2. Pimpinan BN Sabah khususnya UMNO telah membuat permohonan tuntutan autonomi ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan ia telah disahkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2019. 3. Saya mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Seri Bung Moktar Radin selaku Pengerusi BN Sabah dan Pengerusi UMNO Sabah yang telah diberi kepercayaan untuk mengemudi dan mengetuai jentera BN Sabah dan UMNO Sabah dalam PRN kali ini. 4. Ini…

  • Rakyat Sabah Menanti Dalam Debaran

    1. Berita-berita mengenai Sabah banyak memenuhi dada-dada akhbar dan portal berita sejak minggu lepas. 2. Saya akui, pembubaran DUN Sabah penggal ke-15 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah mengejutkan bukan sahaja diri saya, malahan seluruh negeri Sabah. 3. Kini, rakyat Sabah sedang menanti dalam debaran namun ramai yang mengandaikan bahawa Pilihan Raya Negeri tetap akan diadakan, kecuali sekiranya mahkamah menentukan sebaliknya. 4. Ini berikutan tindakan yang diambil Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN lain yang telah mengemukakan saman ke atas Yang di-Pertua Negeri berhubung pembubaran DUN Sabah tersebut. 5. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan tarikh 17 Ogos depan untuk membuat keputusan sama ada tindakan…