• Terima Kasih Kepada Pengundi-Pengundi

    1. Alhamdulillah setelah dua minggu kita berkempen dengan bertemu dan berkongsi impian serta aspirasi saya bersama anda semua, selesai sudahlah Pilihan Raya Negeri Sabah pada tahun 2020 ini yang berjalan dengan sangat lancar dan tanpa apa-apa kejadian yang tidak diingini. 2. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi saya di N10 Usukan kerana meletakkan kepercayaan serta harapan anda semua kepada saya. 3. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua jentera Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang sama-sama bekerja keras siang dan malam untuk memastikan kemenangan milik Barisan Nasional di Usukan. 4. Insya-Allah saya tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan harapan yang diberikan kepada saya kali ini. 5. Setinggi tahniah juga kepada…

  • Bakti Untuk Usukan

    1. Aspirasi bakti saya adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang mesra masyarakat dan mesra anak muda di DUN Usukan. 2. Selain dapat menyediakan kemudahan kepada masyarakat, saya juga percaya bahawa aktiviti ekonomi, sosial serta pendidikan masyarakat setempat harus dirancakkan dan anak-anak muda harus memperkasa minda dan keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran dunia digital yang semakin ke hadapan. 3. Kita tidak boleh ketinggalan dalam arus peredaran zaman, dan kita juga tidak boleh mengabaikan kesejahteraan dan kehidupan rakyat di DUN Usukan khususnya, dan Kota Belud amnya. 4. Pembinaan sebuah Pusat Sehenti SSK adalah salah satu daripada aspirasi saya untuk merancakkan pembangunan fizikal dan minda untuk masyarakat setempat. Pusat sehenti ini akan menyediakan…