Dengarilah Suara Rakyat

1. Seorang ahli politik yang baik adalah seorang yang sentiasa peka terhadap denyutan nadi negara, dan seorang yang sentiasa mendengar suara-suara rakyat. Ahli-ahli politik dan juga aktivis-aktivis politik amat gemar melaungkan slogan ‘rakyat adalah boss’. Namun, sebaik sahaja dapat menggenggam kuasa, mereka seakan terlupa siapakah sebenarnya ‘boss’. Bak kata penjawat-penjawat awam, ahli-ahli politik datang dan pergi, tetapi rakyat tetap di sini sampai bila-bila pun.

2. Sudah tentulah ada masa untuk berpolitik, dan sudah pasti juga ada masa untuk berkhidmat. Rakyat sedar bahawa ahli-ahli politik di Malaysia berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Rakyat juga semakin penat melihat gelagat ahli-ahli politik yang hanya memberi tumpuan kepada politik semata-mata sehinggakan tiada masa untuk berkhidmat untuk mereka.

3. Persepsi memang penting. Namun, persepsi yang dicipta hari ini sangat tidak baik. Rakyat kini menganggap ahli-ahli politik sebagai tamak dan hanya mementingkan diri sendiri. Ini perlu diubah segera. Ahli-ahli politik perlu sedar bahawa mereka kini semakin tidak disukai oleh ramai rakyat yang sudah lesu dan muak dengan kemelut yang tiada penghujungnya.

4. Kita perlu terima hakikat bahawa era majoriti dua pertiga, atau pun majoriti mudah di Parlimen oleh hanya satu parti sudah berakhir. Kini, gabungan-gabungan empat atau lima parti pun hanya mampu menang dengan majoriti yang nipis, atau berjaya membentuk kerajaan dalam Parlimen yang hampir tergantung.

5. “Normal—normal baharu” untuk Malaysia bukan hanya melibatkan penjarakan fizikal dan pengasingan diri dari masyarakat umum. Kini ia juga menentukan bagaimana politik harus digerakkan. Parti-parti dan ahli-ahli politik perlu mencari titik persamaan yang boleh membuatkan mereka bekerjasama demi rakyat. Sebaik sahaja tamat pilihan raya, kita perlu segera bekerja demi negara dan rakyat.

6. Monopoli dan hegemoni sudah tidak lagi wujud. Yang wujud hari ini adalah perkongsian kuasa. Mereka yang menang, dan mereka yang kalah perlu duduk semeja untuk memikirkan apakah yang terbaik untuk negara. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu meneroka dan mempertimbangkan sedikit konsesi dan tolak ansur.

11 Comments

  • Ahmad Nizam Ibrahim

    Tahniah Datuk Seri… Satu penulisan dan pandangan yang sangat baik dan bersesuaian dengan suasana politik hari ini.

    Semoga pemimpin di oeringkat atasan ambil iktibar dan buat keputusan yang berobjektif “People First”.

  • Dayang Japar

    Well said Datuk Seri. Wise and very relevant opinion from a well experience politician. Please continue to contribute for Usukan, Kota Belud, Sabah, Malaysia and the whole of humanity.

    Sabah need people like you. Those who know how you work will appreciate your contribution and talent.

    Stay safe!

  • Roslan masran

    Change for the sake of changing is foolish. For the new Sabah govt, unity is the best policy for the next five years. Whatever happens in KL,let them be, let the art of possibility in politics, to the advantage of our people in Sabah. Tahniah Datuk

  • Wan Mohd Shafie Mohd Isa

    Coretan yang sangat menarik terutamanya yang berkaitan rakyat…..kami rakyat usukan amat mengharapkan pemimpin yang boleh berfikir sedemikian yang mana banyak memikirkan soal kepentingan dan kebajikan rakyat….
    #TerusMelangkah
    ##TerusBerbakti

  • SAHABAT DATUK SERI

    Ada satu jalan ke arah menjadi pemimpin yg cemerlang iaitu pemimpin yg berkhidmat hanya kerana Allah swt.

    Setiap langkah dan tindakan nya kerana Allah. Khidmat bakti nya ikhlas kerana Allah.
    Kerana semua perancangan, keputusan dan tindakan nya akan kelak di soal oleh Allah swt di akhirat nanti.

    Dalam surah Al Zalzalah ayat 7-8 Allah swt berfirman,

    ‘ Barangsiapa yg melakukan kebaikan walau sebesar zarah maka dia akan melihat balasan’ (7)

    ‘ Dan barangsiapa yg melakukan mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah maka dia akan melihat balasan nya’ (8).

    Saya suka mendengar lirik lagu nasyid selimut putih
    ‘ Jangan lah mahu di sanjung sanjung ‘
    ‘ Engkau digelar manusia agung ‘
    ‘ Sedar lah diri tahu diuntung ‘
    ‘ Sebelum masa keranda di usung ‘

    Uwais Al Qarni adalah seorang manusia yg tidak dikenali oleh penduduk bumi namun sangat dikenali oleh penduduk langit kerana khidmat dan bakti nya kepada ibu nya.

    Namun seorang pemimpin yg adil dalam kepimpinan nya akan menjadi salah seorang yg berada di bawah naungan Arasy Allah di padang Masyhar nanti yg tidak ada perlindungan selain nya.

    Ya Allah, jadikan lah pemimpin kami pemimpin2 yg adil dan dapat membantu masyarakat bukan saja tentang kehidupan dunia malah pemimpin yg dapat mendekatkan diri nya dan kami kepada Mu Ya Allah.
    Kesusahan rakyat di dunia hanya sementara, namun kesusahan di akhirat jauh penghujungnya kerana 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.

    • Rafee Din

      Satu pandangan mendahulukan rakyat berbanding kepentingan peribadi, ini adalah satu gambaran bahawa rakyat usukan tidak salah memilih wakil rakyat. Dikala situasi covid19 semakin meruncing ini, eloklah semua ahli politik berganding bahu bagaimana untuk mengekang dan membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Rakyat memerhati dan muak dengan sikap segelintir pemimpin atasan sekarang yang berebut jawatan dengan menggunakan nama rakyat iaitu mandat rakyat, walhal kalau dilihat bukan mandat rakyat , tetapi kepentingan individu demi mendapatkan kuasa, demi nama dengan menjual nama rakyat, dan akhirnya rakyat yang sengsara dengan sikap mereka. Tetapi di USUKAN kita bangga kerana wakil rakyatnya sentiasa tenang tidak terburu-buru dan TERUS BERBAKTI KEPADA RAKYAT usukan.

  • Juli B Umbang

    Banyak para pemimpin sekarang lupa asas keperluan dalam kehidupan , tanggungjawap kepada diri , insan lain dan sang pencipta. Banyak kegagalan tanpa disedari lupa untuk menerapkan dlam diri sehingga tindak tanduk sendiri banyak melanggar garis kewajiban yng ditetapkan seperti setiap pemimpin adalah IMAM dan setiap yg diimamkan ditanya dihadapan pengadilan Yaumil Akhirah. Apa yg telah dilakukan atau berikan kepda rakyat..adakah rakyat terabai atau sebaliknya. Jika para pemimpin telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah masing2 menurut lunas maka beruntunglah pemimpin itu baik semasa hidupnya di dunia dan di akhirat. Maka takutilah Allah/takutilah tuhanmu yang telah menjadikan kamu sebagai pemimpin kepada rakyat jelata. Jadilah seorang pemimpin yg dikasihi Allah/Tuhan dan disayang rakyat. Dan jadikanlah rakyat jelata sentiasa kekal mendoakan pemimpin kerana pemimpin yang baik….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *