Adakah Keadaan Akan Menjadi Lebih Baik?

1. Katakanlah menjelang tahun hadapan kita berjaya menemui vaksin untuk Covid-19, dan kehidupan kita semua kembali kepada sedia kala, kita akan mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan kembali ekonomi kita.

2. Pakar-pakar menjangkakan kemelesetan ekonomi global akibat pandemik Covid-19 ini adalah lebih teruk daripada yang pernah dialami dunia dalam dekad 1920-an dahulu.

3. Ini bukanlah satu petanda baik untuk Malaysia. When the West sneezes, Malaysia catches a cold. Kemelesetan ekonomi di Barat sudah pasti akan membawa kesan kepada kita.

4. Dalam era globalisasi hari ini, tiada satu negara pun yang hidup dalam vakum. Malaysia bergantung kepada Barat sebagai sumber pasarannya, jadi apabila Barat sengsara, kita turut sengsara.

5. Raja-Raja kita turut khuatir, dan kenyataan-kenyataan yang keluar dari istana-istana membayangkan kekhuatiran tersebut.

6. Mampukah kita bertahan untuk setahun lagi, atau untuk enam bulan yang akan datang jika kita terus begini?

7. Mungkin tidak, kecualilah jika ahli-ahli politik mula mementingkan rakyat dan berhenti mementingkan diri mereka sendiri.

8. Mengapa tidak? Ia boleh dilaksanakan jika kita semua bekerjasama. Kita boleh bekerjasama jika kita berfikir sebagai satu pasukan.

9. Namun, bagaimana kita hendak membentuk satu pasukan sekiranya kita tidak berfikir sebagai satu pasukan?

10. Inilah yang membimbangkan rakyat Malaysia, dan juga Raja-Raja kita.

3 Comments

  • Mohd Hans Azmeer Bin Mohd Khanafeh

    Terbaik,Datuk💯💯💯…Saya setuju apa yang Datuk kata dan senantiasa menyokong Datuk💯💯💯

  • Ahmad Nizam Ibrahim

    Apa yang diharapkan oleh rakyat di waktu begini adalah sebuah kerajaan yang meletakkan kesejahteraan rakyat paling utama. Lupakan sengketa politik dan ideologi masing-masing.

    • Wan Mohd Shafie Mohd Isa

      Terbaik DSPSSK….inilah sebenarnya intipati kejayaan kita bila kita semua bersatu dalam menangani pandemik CV19 ini bukan terus-menerus berpolitik seperti segelintir ahli politik yang rakus dan ego. Rakyat sangat terkesan dengan keadaan sekarang ini mendepani masalah penyakit, ekonomi yang menyebabkan ketidaktentuan masa hadapan mereka dan di sinilah pemimpin sewajibnya memainkan peranan…..wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *