Marilah Akur Kepada Titah Tuanku

1. Era ‘normal baharu’ hari ini bukan hanya tentang bagaimana kita harus mengubah cara hidup kita di sebalik ancaman pandemik koronavirus Covid-19, ia juga adalah satu era di mana rakyat sangat prihatin tentang perkembangan politik tanah air. Kini, kita ada sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘mahkamah pendapat umum’ (court of public opinion).

2. Kini, ahli politik perlu lebih berhati-hati dengan percakapan dan tindakan masing-masing. Hanya satu silap langkah, dan rakyat akan meminta mereka meletak jawatan. Hari ini, bukannya mudah untuk ahli politik tersilap langkah dan terlepas daripada kritikan rakyat.

3. Pada hari Ahad, Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi dari Istana Negara. Sebagai kesimpulan, Majlis Raja-Raja bertitah untuk semua berhenti bermain politik dan tumpukan perhatian kepada ekonomi dan krisis Covid-19.

4. Rakyat juga mahukan ahli politik bersatu dan bekerjasama untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Ini bermakna setiap orang perlu bekerjasama dan memastikan Bajet 2021 boleh dilaksanakan dan berupaya untuk mengurangkan, atau lebih baik, menamatkan kesengsaraan rakyat.

5. Inilah yang dimahukan oleh Majlis Raja-Raja, dan ini juga yang dimahukan oleh rakyat. Dan inilah yang kita sepatutnya lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *