• Selamat Tahun Baru 2021

    1. Pejam celik, kita sudah tiba ke penghujung tahun 2020 dan akan menyambut ketibaan tahun baru beberapa hari sahaja lagi. Sesungguhnya tahun 2020 memang dipenuhi pelbagai peristiwa dan cabaran. 2. Seawal ketibaannya, kita telah sekali lagi melalui pertukaran kerajaan apabila kerajaan PH yang berusia 22 bulan tumbang. Ketidakstabilan politik sejak penghujung tahun sebelumnya diperitkan lagi dengan ketibaan koronavirus Covid-19 yang selanjutnya mengubah kehidupan kita semua sepanjang tahun 2020. 3. Kita semua terpaksa melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan, dan sehingga kini ia masih berkuatkuasa. Kita juga memupuk norma-norma baharu dalam setiap aspek kehidupan kita ketika kita berhadapan dengan pelbagai cabaran kesihatan, keselamatan dan ekonomi. Kita berjuang setiap hari, namun kita…

  • UCAPAN SSK BAJET 2021 DUN SABAH

    Yang Berhormat Datuk Speaker, A. PENGENALAN & SOKONGAN BAJET 2021 Saya mengucapkan tahniah atas ucapan YAB Ketua Menteri yang telah membentangkan BAJET 2021 yang bersifat surplus, inklusif dan menekankan libat urus bersama Rakyat. Saya melihat BAJET 2021 ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri berpandangan jauh dalam memastikan pelan pembangunan yang lestari untuk tahun 2021 – 2025. Dengan izin, saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan beberapa perkara cadangan kepada BAJET 2021 untuk perhatian Kerajaan Negeri. B. KONSEP ‘RESET’ (TETAPKAN SEMULA KEUTAMAAN) Kita perlu bersedia untuk meneruskan kehidupan dengan Norma Baharu. Ini merupakan kata-kata Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, yang berpendapat “COVID-19 tidak akan berakhir dalam tempoh dua tahun…

  • SSK Centre: Terus Berbakti

    1. Sewaktu kempen PRN Sabah September lalu, saya beraspirasi untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang mesra masyarakat dan mesra anak muda di DUN Usukan. 2. Ini kerana saya percaya bahawa aktiviti ekonomi, sosial serta pendidikan masyarakat setempat harus dirancakkan dan anak-anak muda harus memperkasa minda dan keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin ke hadapan. 3. Walaupun pembinaan SSK Centre (SSKC) yang dijanjikan masih dalam peringkat perancangan rekabentuk, program-program di bawah kelolaan SSKC telah pun bermula sejak awal November yang lalu. 4. Sebagai permulaan, laman Facebook SSKC telah pun dilancarkan Oktober lepas sebagai platform maklumat, berita dan pengumuman berhubung aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan. Anda boleh mengikuti perkembangannya di www.facebook.com/SSKCentre. 5.…

  • Penghargaan Kepada UMNO & Barisan Nasional Sabah

    1. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar Raden dan seterusnya UMNO Sabah yang mengumumkan penerimaan semula diri saya bersama empat orang lagi bekas pemimpin parti kembali ke UMNO kelmarin. 2. Saya turut menghargai kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh UMNO Sabah dan juga Barisan Nasional Sabah yang melantik saya sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Sabah untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang. 3. Pelantikan ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar dan berat buat diri saya. Insya-Allah saya akan menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik keupayaan saya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus teguh di hati rakyat Sabah. 4.…

  • Kemiskinan Digital & Cadangan Untuk Sabah

    1. Dua minggu lepas dalam ucapan saya di persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu, saya menyeru agar Kerajaan Sabah mencari penyelesaian terbaik dalam isu kemiskinan digital di negeri Sabah. 2. Hari ini teknologi mempunyai impak yang sangat besar terhadap ekonomi masyarakat, negeri, bahkan negara. Untuk menjana pertumbuhan ekonomi, kita perlu menyiapsiagakan rakyat agar lebih mesra digital dan dapat keluar dari kepompong miskin digital. 3. Dua hari lepas, Pengerusi Common Tower Technologies Sdn. Bhd (CTTSB) Ghazalie Ansing menyeru Kerajaan Sabah untuk lebih peka dengan tahap capaian internet di negeri ini untuk memastikan ia tidak ketinggalan berbanding negeri lain. 4. Beliau mencadangkan Kerajaan Sabah untuk ada sistem pemantauan menara telekomunikasi sendiri untuk memantau kerja-kerja lapangan dan kemampanan…