• Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah (PdPR) – Pelaksanaan & Keberkesanan

    1. Sesi persekolahan seluruh negara telah dibuka 20 Jan 2021. Bagaimanapun, peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan PKP memaksa kerajaan mengubah sistem pendidikan yang konvensional secara bersemuka kepada Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara dalam talian. 2. Pendekatan PdPR ini dibuat dalam talian, luar talian atau secara off-site. Manakala kaedahnya sama ada menggunakan modul atau berasaskan projek. Para guru berperanan besar di mana mereka dipertanggungjawabkan untuk menyusun modul. 3. Disebalik kritikan dan maklumbalas yang diperoleh dari pelbagai pihak, bagi saya PdPR adalah pilihan terbaik bagi masa kini. Langkah ini dilihat sebagai tepat dan perlu memandangkan kenaikan mendadak kes Covid-19. 4.  Berdasarkan pengalaman pelaksanaan PdPR sebelum ini, guru-guru memulakannya dalam keadaan…

  • Vaksin & Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19

    1.  Selepas lebih setahun pandemik Covid-19 menggemparkan dunia, awal tahun ini hampir 50 negara telah memulakan program vaksinasi rakyat masing-masing. China juga turut menjadi negara yang pertama memulakan vaksinasi pada musim panas lalu dengan menyasarkan golongan berisiko, tanpa menunggu kelulusan vaksin terbabit secara rasmi. 2. Malaysia juga tidak terkecuali dari langkah ini di mana program vaksinasi dijangka dapat meliputi lebih 80% atau hampir 27 juta rakyat menjelang suku pertama 2022. Kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin di mana sejumlah RM3 bilion telah diperuntukkan khusus oleh kerajaan bagi membiayai program ini. 3. Walaubagaimanapun, kerajaan masih lagi dalam tempoh perancangan untuk menyusun golongan yang diutamakan untuk vaksin, garis panduan…

  • PKP 2.0: Bantuan Berterusan Amat Penting

    1. Malaysia kini berhadapan dengan cabaran besar selepas peningkatan kes Covid-19 secara mendadak hingga mencecah 3,000 kes setiap hari. Kebimbangan inilah menjurus kepada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri seperti mana diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. 2. Dalam keadaan barisan hadapan hampir lumpuh kerana tidak dapat menampung kes yang tinggi, maka wajib untuk kita sama-sama patuh pada arahan kerajaan iaitu duduk di rumah lebih-lebih lagi yang berada di kawasan zon merah. 3. Bagaimanapun, bantuan dan insentif haruslah diberikan secara berterusan memandangkan PKP ini saya jangka akan berlanjutan sekiranya kes masih belum menurun. 4. Sangat ramai golongan yang terkesan akibat pandemik ini bahkan ia terjadi…

  • PKP 2.0 & Proklamasi Darurat

    1. Bermula hari ini negeri Sabah (bersama Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) melalui sekali lagi Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari sehingga 26 Januari ini. 2. Kelmarin pula, DYMM Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19. 3. Kita akui, gelombang baharu penularan Covid-19, bencana banjir serta keadaan politik negara yang tidak stabil telah membawa kebimbangan kepada rakyat. Kelmarin kita cecah satu lagi rekod yang membimbangkan, iaitu sebanyak 3,309 kes baharu. 4. Pengisytiharan dari Istana ini membawa mesej yang jelas: Kita harus segera henti berpolitik dan tumpukan perhatian kepada bencana yang menimpa…

  • Perkukuh Mandat Rakyat Sabah

    1. Lebih tiga bulan telah berlangsungnya Pilihan Raya Negeri, dan lebih sejuta pengundi Sabah kini di bawah payung kerajaan baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 2. Rakyat pada 26 September lalu telah memberi mandat untuk GRS memperkukuh ekonomi dan mengutamakan kebajikan masyarakat. Justeru, sewajarnya mandat pada GRS yang memenangi 38 kerusi itu dipertahankan dan dihormati. 3. Sebagai kerajaan, kita sama-sama berusaha untuk memastikan sembilan manifesto yang diumumkan Pilihan Raya Negeri lalu ditunaikan. Kerajaan juga sudah melaksanakan beberapa perkara daripada sembilan akujanji yang digariskan pada September lalu. 4. Sembilan perkara dalam akujanji itu ialah hak negeri, infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, kesihatan, kemakmuran, pendidikan dan sumber manusia, keselamatan dan belia serta…