Perkukuh Mandat Rakyat Sabah

1. Lebih tiga bulan telah berlangsungnya Pilihan Raya Negeri, dan lebih sejuta pengundi Sabah kini di bawah payung kerajaan baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

2. Rakyat pada 26 September lalu telah memberi mandat untuk GRS memperkukuh ekonomi dan mengutamakan kebajikan masyarakat. Justeru, sewajarnya mandat pada GRS yang memenangi 38 kerusi itu dipertahankan dan dihormati.

3. Sebagai kerajaan, kita sama-sama berusaha untuk memastikan sembilan manifesto yang diumumkan Pilihan Raya Negeri lalu ditunaikan. Kerajaan juga sudah melaksanakan beberapa perkara daripada sembilan akujanji yang digariskan pada September lalu.

4. Sembilan perkara dalam akujanji itu ialah hak negeri, infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, kesihatan, kemakmuran, pendidikan dan sumber manusia, keselamatan dan belia serta pembangunan wanita.

5. Justeru, pandangan saya, perkembangan politik di Semenanjung tidak sepatutnya mempengaruhi kerjasama yang erat antara komponen-komponen parti dalam GRS.

6. Sewajarnya, kita harus terus berbakti dan memastikan sokongan kepada kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor diperkukuhkan.

7. Keutamaan kita juga sebagai rakyat haruslah memastikan pembangunan Sabah terus berkembang. Sudah pastinya pandemik Covid-19 memberikan kesan besar kepada semua. Kita sudah mencapai lebih 2,500 kes sehari malah jumlah kes terkumpul mencecah 125,000 kes.

8. Maka, tanggungjawab kita juga adalah untuk memastikan pandemik ini beransur pulih dan ekonomi kita akan terus berkembang seperti sebelumnya.

One Comment

  • Rafee Din

    Mandat yang diberi rakyat adalah satu tanggungjawab dan kepercayaan kepada pemimpin yang dipilih, dimana rakyat percaya bahawa pemimpin yang dipilih boleh membawa perubahan dan membela nasib mereka. Usukan beruntung kerana mempunyai seorang wakil rakyat bukan sahaja begitu dikenali di seluruh Sabah malahan di seluruh Malaysia mengenali pemimpin Usukan tersebut dan ini secara tidak langsung memperkenalkan nama Usukan itu sendiri ke persada Kebangsaan. Secara peribadi alangkah hebatnya Sabah Tanah Airku ini sekiranya kita mempunyai gabungan sendiri tanpa perlu mengikut arus pasang surutnya di peringkat pusat sebagaimana gabungan parti Sarawak. Akhir kata, semoga Sabah menjadi negeri yang paling maju di Malaysia tanpa meminggirkan mana² rakyat atau bangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *