• Siaran Media – Salleh Temui Pengerusi SKMM

    PENGERUSI Warisan Harta Sabah Sdn.Bhd, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (tengah) telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek (kiri) di pejabatnya di Cyberjaya, Selangor, hari ini. “Kami sama-sama berbincang mengenai pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela) khususnya di Sabah”, kata Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan. 23 Februari 2021

  • Sinar Baharu Dalam Perang Melawan Covid-19

    1. Pagi kelmarin, sejumlah 312,390 dos vaksin keluaran Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Malaysia. Ketibaan vaksin ini disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. 2. Kita menyambut gembira ketibaan vaksin ini kerana ia adalah detik bersejarah yang memberi sinar baharu dalam usaha kita melawan wabak Covid-19 daripada terus merebak, seterusnya memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk. 3. Dengan ketibaan pertama ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari ini. Program ini meliputi tiga fasa, di mana fasa pertama membabitkan petugas barisan hadapan yang…

  • DidikTV Beri Sinar Baharu Buat Pelajar

    1. Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia telah memberi kesan kepada para pelajar terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Saya menyambut baik langkah kerajaan melancarkan DidikTV kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah PdPR kerana hal ini dapat menyelesaikan kebuntuan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman. Kawasan pedalaman tidak boleh mengikuti PdPR kerana masalah kemudahan peranti serta internet. 3. Platform ini wajar dipuji kerana ia menunjukkan keprihatinan kerajaan yang mendengar keluhan rakyat terutamanya guru-guru dan ibu bapa. Saya mendapat banyak maklum balas warga pelajar yang menyambut baik pelaksanaan ini. 4. Hal ini sedikit sebanyak melegakan kebuntuan rakyat yang  dahagakan sistem pendidikan dan pembelajaran yang dilangsungkan secara konsep sama…

  • Penghantaran Pertama Vaksin Covid-19

    1. Berita melaporkan hari ini bahawa penghantaran pertama vaksin Covid-19 akan tiba di Malaysia pada penghujung bulan ini. Seperti yang saya tulis bulan lepas, vaksinasi Covid-19 adalah jalan terbaik yang dilihat mampu memberi perlindungan untuk melawan virus ini dari terus menular dan seterusnya dapat memutuskan rantaian jangkitan. 2. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kelmarin bahawa orang ramai perlu mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 bermula Mac ini bagi mengelakkan kesesakan serta pembaziran.  3. Kita harus menunggu pengumuman Kerajaan seterusnya berhubung perkara ini. Sementara itu, carilah sumber-sumber berita yang sahih tentang vaksin Covid-19 ini. Ikutilah perkembangan semasa tentang Program Imunisasi Kebangsaan di laman web rasmi KKM di http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 4.…

  • Kelangsungan Hidup Dalam Norma Baharu

    1. Kita masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat, dan saya percaya ramai antara kita yang sudah mula tertekan kerana risau akan kesihatan diri dan keluarga serta memikirkan cara-cara kelangsungan hidup dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini. 2. Dua hari lepas berita melaporkan bahawa sejak 16 Januari hampir separuh iaitu 102 daripada 221 sekolah menengah di Sabah disahkan mempunyai kes Covid-19 yang membabitkan pelajar dan guru sekolah. 3. Berita ini sangat membimbangkan ibu bapa dan masyarakat, dan saya berdoa agar negeri Sabah dijauhkan daripada kluster sekolah yang pastinya akan melonjakkan lagi penularan Covid-19 di Sabah. 4. Kerajaan GRS sedang melakukan sebaik kemampuan untuk membantu rakyat Sabah. Bayaran Bantuan…

  • Warganegara Digital Dalam Norma Baharu

    1. Kita telah melepasi tahun 2020 di mana dunia dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi. Secara tidak langsung, pandemik ini telah meningkatkan kadar literasi digital masyarakat melalui media sosial terutamanya mendapatkan laporan tepat mengenai perkembangan Covid-19. 2. Norma baharu mengajar kita semua lebih berdikari dan menyesuaikan diri sebagai warganegara digital dalam melaksanakan pelbagai urusan seperti pendidikan, ekonomi mahupun sosial. 3. Namun, statistik 2018 di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan pengguna internet Malaysia ialah 28.7 juta orang atau 87.4%. Hanya separuh menggunakan perbankan dalam talian (54.2%). Ia merupakan jumlah yang sedikit dan boleh dipertingkatkan. 4. Jika dahulu, kita kurang pandang serius mengenai kebaikan dan kelebihannya. Maka inilah…