Warganegara Digital Dalam Norma Baharu

1. Kita telah melepasi tahun 2020 di mana dunia dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi. Secara tidak langsung, pandemik ini telah meningkatkan kadar literasi digital masyarakat melalui media sosial terutamanya mendapatkan laporan tepat mengenai perkembangan Covid-19.

2. Norma baharu mengajar kita semua lebih berdikari dan menyesuaikan diri sebagai warganegara digital dalam melaksanakan pelbagai urusan seperti pendidikan, ekonomi mahupun sosial.

3. Namun, statistik 2018 di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan pengguna internet Malaysia ialah 28.7 juta orang atau 87.4%. Hanya separuh menggunakan perbankan dalam talian (54.2%). Ia merupakan jumlah yang sedikit dan boleh dipertingkatkan.

4. Jika dahulu, kita kurang pandang serius mengenai kebaikan dan kelebihannya. Maka inilah masanya segala manfaat mudah didapati hanya di hujung jari. Pelbagai bentuk komunikasi boleh  dijalankan antaranya perniagaan online, pembelajaran melalui aplikasi Google meet, Zoom selain hal-hal urusan kerajaan melalui laman web rasmi.

5. Justeru, penglibatan masyarakat dalam teknologi digital perlu dipertingkatkan agar boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Ia lebih-lebih lagi dengan keadaan norma baharu yang amat memerlukan. Melalui komunikasi secara online juga rakyat pastinya akan memudah menyampaikan aspirasi kepada kerajaan.

6. Teknologi digital juga membolehkan orang ramai berkomunikasi antara satu sama lain terutamanya keluarga serta rakan secara berkala, lebih-lebih lagi selepas PKP dilanjutkan lagi 2 minggu. Kita tidak dibenarkan merentas negeri bagi memastikan wabak Covid-19 tidak menular.

7. Maka menjadi warganegara digital adalah satu penyelesaian yang menjimatkan masa masyarakat dalam menguruskan hal-hal penting. Sebagai contoh, hanya dihujung jari, kita tidak perlu bersesak untuk ke pasaraya, pusat membeli-belah mahupun beratur untuk membuat pembayaran bil. Dalam keadaan kes Covid-19 yang tidak menentu, pengurusan transaksi dan komunikasi online adalah langkah yang tepat dan bijak.

8. Saya percaya, kita semua akan terus menjadi warganegara digital yang bijak dalam mencapai negara maju. Semoga pandemik Covid-19 akan beransur pulih agar ekonomi negara terus berkembang dan pulih.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *