• Teruskan Amalan Normal Baharu

    1. Alhamdulillah, rakyat Sabah sudah berjaya mendatarkan keluk jangkitan Covid-19. Sehingga semalam, jumlah keseluruhan kes di Sabah adalah 348 kes, dengan 5 kematian. 2. Kes terakhir yang direkodkan adalah pada 2 Jun dengan satu kes yang melibatkan seorang yang pulang ke Labuan dari Beaufort. Sarawak juga tidak mencatatkan sebarang kes baharu selama lapan hari berturut-turut. 3. Pada hari Rabu kerajaan negeri Sabah mengumumkan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang ingin datang ke Sabah sama ada untuk urusan kerja atau pun melancong. 4. Dengan ini, rakyat Malaysia yang tiba dari Labuan, Semenanjung atau Sarawak tidak lagi perlu dikuarantin sekiranya mereka telah menjalani ujian Covid-19 sebelum tiba di Sabah. 5. Jabatan Kesihatan Negeri…